Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Pertua Terbaik untuk Memastikan Telefon Pintar Anda dalam Keadaan Baik

Walaupun dengan pakar juruteknik di Fixbay, mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati! Berikut adalah beberapa cara berguna untuk membantu anda memanjangkan jangka hayat telefon pintar anda dan mengelakkan pembaikan yang tidak perlu:

Fortress of Solitude: Melabur untuk memastikan telefon anda kukuh. Membeli casing dan screen protector. Ini adalah pertahanan pertama ketika telefon anda terjatuh untuk tekanan atau retak

Tantrum Suhu: Jauhkan telefon anda daripada suhu yang melampau. Haba atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan bateri dan komponen dalaman. Elakkan menginggalkan telefon anda di bawah cahaya matahari terus atau kereta yang panas.

Liquid Nightmare: Air dan elektronik bukanlah kawan yang baik. Tumpah itu pasti berlaku, tetapi bertindaklah segera! Matikan telefon anda serta-merta, tanggalkan casing telefon, dan keringkan dengan kain bersih yang tidak berbulu. Disarankan untuk melabur dalam bekas kalis air untuk ketenangan anda.

Cas dengan Betul: Jangan biarkan bateri telefon anda habis sepenuhnya. Pastikan ia di cas antara 20% dan 80 % untuk kesihatan optimum. Elakkan daripada membiarkan terpasang semalaman dan gunakan pengecas asal atau alternatif yang diperakui.

Serangan Aplikasi: Jangan muat turun aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan. Ianya boleh mengandungi malware yang boleh membahayakan telefon anda. Pilih gedung aplikasi yang bereputasi seperti Google Play Store atau Apple App Store.

Aplikasi yang Berlebihan: Semak dan buang aplikasi yang tidak digunakan secara kerap. Ianya boleh menghabiskan bateri dan ruang storan anda.

Update Me Updater: Pastikan sistem operasi dan aplikasi telefon sentiasa di kemaskini dengan tampung keselamatan dan pembetulan pepijat terkini. Kemas kini ini juga boleh meningkatkan prestasi dan hayat bateri.

Clean Machine: Bersihkan skrin dan port telefon anda dengan kerap menggunakan kain mikrofiber. Elakkan bahan kimia yang keras atau bahan yang kasar.

Power Down Power Up: Sama seperti komputer anda, restarting telepon anda sekali-sekala boleh membantu membersihan gangguan sementara dan meningkatkan prestasi.

Dengan mengikuti langkah mudah ini, anda boleh memastikan telefon pintar anda berjalan dengan lancar lebih lama dan mengelakkan kos yang tinggi untuk membaiki. Tetapi jika telefon anda rosak atau mula berindak pelik ingat Fixbay sentiasa ada untuk membantu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)