Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 6969 060
hq@fixbay.com.my

FixBay, Semak Kerosakan Peranti Anda Secara Percuma

FixBay adalah Mobile Phone Repair Specialist yang berkonsepkan pusat pembaikan mudah alih yang selesa dengan suasana yang kondusif. Target kami adalah untuk menyediakan modul perniagaan yang sistematik dan mampan untuk pertumbuhan jenama.

Kami percaya bahawa program RND mesti sentiasa dipertingkatkan supaya kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah pasukan kami dapat bersaing dengan permintaan pasaran.

Tambahan itu, FixBay ialah penyedia perkhidmatan pembaikan mudah alih yang terkenal di Malaysia dengan pasukan juruteknik pembaikan mudah alih profesional yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam membaiki pelbagai jenis peranti.

Kini FixBay telah memiliki 10 rangkaian cawangan di seluruh Malaysia yang bertujuan untuk menyediakan dan memberi kemudahan kepada semua pelanggan kami bagi menyelesaikan masalah anda yang berkaitan pelbagai jenis peranti.

Kami pakar dalam menyelesaikan semua masalah berkaitan apa jua jenis peranti sebagai contoh peranti jenama iPhone, Huawei, Samsung, Android, iPad, Apple Watch, pelbagai jenis jenama telefon dan yang terkini kami turut menyediakan perkhidmatan baik pulih MacBook.

Kami turut menyediakan servis penukaran LCD, Battery, Charging Port, Water Damages, Software dan lain-lain bagi pelbagai jenis model peranti pelanggan kami.

Dengan FixBay, anda boleh yakin bahawa anda akan menerima perkhidmatan berkualiti dengan kos perkhidmatan yang berpatutan.

Mengapa Anda Perlu Memilih FixBay?

Menghadapi masalah dengan peranti anda?

Tidak dapat dielakkan bahawa telefon pintar, tablet dan pelbagai lagi jenis peranti di tangan anda suatu hari nanti akan mengalami kerosakan malahan mungkin juga akan tidak berfungsi lagi.

Jangan risau! Juruteknik kami sedia membantu anda. Daripada telefon pintar kepada tablet hinggalah kepada peranti tercanggih masa kini.

Kami gembira dapat menyediakan perkhidmatan untuk keperluan pembaikan peranti anda. Selagi boleh berjimat, kami akan pastikan anda berjimat. Jangan risau, kami memiliki peralatan yang lengkap dan mesin bagi membaik pulih.

Ini Yang Kami Tawarkan Buat Anda

Di FixBay kami berusaha untuk menyediakan janji berikut:

1) Perkhidmatan Yang Telus

Kami sangat yakin dengan perkhidmatan kami sehinggakan jika kami tidak dapat menyelesaikan masalah, anda tidak perlu membayar. Semua perkhidmatan baik pulih disertakan dengan jaminan.

2) Juruteknik bertauliah

Semua juruteknik kami menjalani latihan dan diperakui sebelum mereka boleh mula membaiki peranti. Tambahan itu, semua juruteknik FixBay berpengalaman luas dalam bidang baik pulih telefon seperti iPhone, Samsung, Huawei dan banyak lagi.

3) Borang Senarai Semak

Mewajibkan pemeriksaan sebelum dan selepas pembaikan bagi memastikan kepuasan setiap pelanggan. Pemeriksaan merangkumi semua fungsi-fungsi peranti anda.

4) Baik Pulih Dengan Efisyen

Syarikat kami boleh dipercayai, dan kerja kami dipercayai. Kami menyediakan perkhidmatan yang efisyen dan professional yang anda boleh harapkan pada bila-bila masa sahaja.

5) Perkhidmatan Mampu Milik

Kami mempunyai stok alat ganti sedia ada untuk kebanyakan jenis peranti. Kami menggunakan alat ganti berkualiti tinggi dan tulen sahaja. Setiap alat ganti yg ditukar disertakan bersama jaminan. Kami menawarkan perkhidmatan baik pulih dengan kadar yang berpatutan dan ini pasti menggembirakan anda.

6) Tiada caj tersembunyi

Bayar hanya jika barang diganti, tiada sebarang caj perkhidmatan mahupun caj tersembunyi.

7) After Sales Service

Jaminan waranti terpakai di semua cawangan FixBay seluruh Malaysia.

8) Pemeriksaan Peranti Percuma

Pelanggan boleh berkunjung ke FixBay bagi mendapatkan pemeriksaan kerosakan peranti secara percuma tanpa sebarang kos.

9) Kami Menyediakan Perkhidmatan Konsultasi

Konsultasi mengenai kerosakan peranti akan diberikan sebelum pelanggan membuat keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan baik pulih ataupun tidak mahu membuat sebarang pembaikan.

Kami juga mengamalkan konsep bertoleransi iaitu menghormati segala keputusan yang dibuat oleh pelanggan atau bakal pelanggan kami.

10) Perkhidmatan Baik Pulih Peranti Terbaik

Kami juga dikenali sebagai pusat servis pilihan ramai dengan pengalaman lebih 10 tahun dan menjadi buah mulut ramai. Beribu-ribu pelanggan kami yang dihargai telah menerima perkhidmatan terbaik daripada kami.

Apabila Anda Memerlukan Kami, Kami Ada Di sini

Dunia masa kini dapat memperlihatkan banyak pusat servis pembaikan peranti yang tumbuh bak cendawan. Namun perlu diingatkan agar anda haruslah bijak dalam memilih untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk semua jenis peranti anda.

Demikian itu, anda sentiasa boleh mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada kami di FixBay dan ianya pasti berbaloi dengan penjimatan terhebat!

Kami menyediakan semua jenis perkhidmatan apabila ia berkaitan dengan peranti mudah alih anda. Hubungi kami dan tempah temujanji anda sekarang bagi mendapatkan khidmat perundingan percuma. FixBay bersedia membantu anda!

6 comments on “FixBay, Semak Kerosakan Peranti Anda Secara Percuma”

Leave a Reply to 7 Punca Utama Yang Boleh Merisikokan MacBook Anda! — FixBay Smartphone Repair Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · FixBay Sdn Bhd (1463044-X)