Nothing Phone (3) Akan Tiba Sekitar Julai Ke Atas

Carl Pei iaitu pengasas Nothing baru-baru ini telah mengesahkan yang Nothing Phone (3) akan tiba pada suku ketiga tahun 2025. Ini bermakna, pengumuman peranti hanya akan tiba sekitar bulan Julai dan ke atas nanti. Ini adalah berita yang baik kerana sejak ke belakangan ini Nothing hanya memfokuskan kepada peranti kelas pertengahan. Dua yang popular adalah Phone (3a) dan Phone (3a) Pro. Kemudian akan datang adalah CMF Phone 2 Pro.

Melambatkan ketibaan peranti mercu adalah strategi yang terbaik kerana ia adalah peranti yang akan digunakan secara lebih lama. Lagi-lagi dengan Nothing yang ingin menjadikan peranti mereka sebagai peranti dengan ejen AI. Tidak lupa juga yang peranti mercu Nothing akan mempunyai sistem Glyph lebih maju, kamera lebih padu dan prestasi yang tiada tandingan.

Sama-sama kita nantikan.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram