Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Langkah Penjagaan Skrin Telefon Bimbit Supaya Tidak Mudah Retak Dan Cara Mencegah Retak Daripada Tersebar

Skrin Telefon Bimbit slim

Teknologi sekarang memperlihatkan perkembangan telefon bimbit menjadi semakin canggih dan skrin menjadi semakin besar tetapi lebih nipis, ia menjadi sangat terdedah dan mudah pecah terutamanya pada bahagian skrin.

Tiada apa yang lebih menyayat hati daripada melihat skrin telefon anda retak. Walaupun skrin telefon retak adalah masalah biasa, anda perlu mengetahui langkah penjagaan telefon bimbit supaya risiko ia dapat dikurangkan!

Langkah mengelakkan skrin telefon bimbit anda mudah retak

  1. Gunakan sarung telefon bimbit

Terdapat berpuluh-puluh pilihan sarung untuk setiap model. Jika anda seorang yang cuai dan sering menjatuhkan telefon bimbit, dapatkan sarung yang akan melindungi telefon anda daripada apa-apa bahaya dan kemungkinan. Namun ia mungkin akan menjadikannya telefon bimbit anda lebih berat, tetapi ia amat berbaloi!

  1. Gunakan perlindungan skrin yang berkualiti

Sarung melindungi telefon anda daripada terjatuh dan terhentak, tetapi pelindung skrin juga perlu sebagai cara untuk melindungi skrin anda sendiri daripada kerosakan terutamanya jika anda terdedah dengan persekitaran yang lasak dan berhabuk

Ramai orang terlepas pandang bahawa salah satu punca kerosakan skrin telefon bimbit ialah daripada habuk atau bendasing kecil yang berakhir di dalam poket anda. Ia akan menjadi punca skrin anda calar dan semakin kurang deria sentuhan.

  1. Menggunakan aksesori tambahan

Aksesori juga membantu anda memanfaatkan sepenuhnya telefon bimbit anda. Ia boleh berprestasi lebih optimun selepas penambahan aksesori ini. Dengan menambahkan aksesori yang sesuai dengan keperluan anda, menyebabkan skrin anda lebih selamat dan kurang terbeban dengan kapasiti penggunaan harian anda.

  1. Berhati-hati apabila mengendalikan/meletakkan telefon bimbit
  • Elakkan letak bersama alatan tajam supaya tidak bergesel dan menyebabkan skrin rosak.
  • Elakkan meletakkan telefon bimbit dikawasan yang tinggi.
  • Elakkan meletakkan telefon bimbit di dalam poket seluar.
  • Elakkan meletakkan telefon bimbit di dalam beg yang berselerak.
  • Elakkan menggunakan kekerasan seperti mencampak, membaling dan melemparkan telefon bimbit.

  1. Jauhi telefon bimbit daripada suhu yang melampau

Terlalu sejuk atau panas boleh menjejaskan prestasi telefon pintar anda termasuklah keupayaan skrin telefon bimbit anda. Skrin anda berisiko untuk mengalami deadpixel, skrin menjadi kaku, terhenti atau kurang deria. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan dalam yang menyebabkan telefon anda gagal untuk bertahan lama.

Adakah anda perasan bahawa apabila skrin mengalami retak kecil, ia mula merebak? Jika ya, anda juga mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk menghentikan retakan itu daripada merebak pada telefon dan bukannya menggantikan atau membawanya terus ke kedai servis.

Anda perlu mengambil tindakan pencegahan untuk menghentikan penyebaran skrin telefon yang retak.

Tips mencegah skrin retak tersebar dengan lebih teruk

Tips mencegah skrin retak tersebar dengan lebih serius

  1. Bertindak cepat dan bersihkan skrin dengan kerap - skrin yang retak meningkatkan risiko untuk dimasuki bendasing kecil atau habuk halus ke dalam skrin telefon bimbit. Oleh itu, anda perlu kerap membersihkan skrin yang retak dengan kain yang lembut. Elak menggunakan pencuci berkimia atau air kerana boleh menyebabkan skrin menjadi lebih teruk.
  1. Elakkan mendedahkan skrin di kawasan panas, berhabuk dan tidak selamat - keadaan yang terlampau panas boleh menyebabkan molekul pada skrin telefon bimbit mengembang dan memburukkan lagi kawasan retak. Kawasan pembinaan khususnya akan meningkatkan lagi risiko telefon bimbit anda mengalami nasib yang sama kali kedua.
  1. Gunakan perlindungan sementara cyanoacrylate - jika kawasan skrin yang retak tersebut masih berada diluar daripada komponen dalaman telefon bimbit anda boleh menggunakan gam cyanoacrylate supaya kawasan retak tersebut tidak terhakis.
gunakan perlindungan sementara cyanoacrylate
  1. Kurangkan menggunakan tekanan ke atas kawasan skrin yang retak - tekanan yang berlebihan pada kawasan yang retak bukan sahaja mampu meluaskan lagi kesan retakan tetapi juga merosakkan skrin LCD dalam phone bimbit tersebut.
  1. Pergi ke kedai servis telefon bimbit dan dapatkan pertolongan daripada mereka yang professional - dapatkan nasihat dan solusi terhadap masalah skrin retak anda. Mereka mempunyai pengalaman yang luas dan telah mengendalikan pelbagai bentuk kerosakan skrin yang dihadapi pelanggan.

Akhir sekali, skrin telefon bimbit adalah komponen yang penting kepada telefon bimbit. Jangan kerana ingin berjimat, anda merisikokan diri sendiri untuk membiarkan retak itu buat jangka masa yang lama kerana ia bukan sahaja boleh memberi bahaya dalaman telefon bimbit tetapi juga keselamatan anda.

Jangan lupa juga untuk memastikan telefon bimbit anda berada ditempat yang selamat dan jauh daripada kanak-kanak.  

Kami berharap skin telefon anda mampu bertahan lebih lama dengan tips ini! Untuk lebih banyak tips dan ilmu berkaitan telefon bimbit, ikuti kami di laman sosial FixBay!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)