Jualan 5.5 realme Malaysia Akan Bermula 4 Mei Di Shopee, Lazada Dan TikTok Shop

Siapa sahaja tidak suka akan promosi jualan gajet. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan gajet kegemaran atau yang sudah lama diinginkan pada harga diskaun. Promosi terbaru nanti adalah jualan 5.5 yang akan berlangsung pada 5 Mei dan realme Malaysia telah berkongsi promosi mereka.

realme Malaysia kembali dengan jualan mega sempena 5.5, menawarkan diskaun menarik sehingga 50% di beberapa platform utama termasuk Shopee, Lazada, dan TikTok Shop. Bermula 4 Mei jam 8 malam, pengguna boleh menikmati penjimatan besar termasuk pulangan tunai, baucar khas, dan penghantaran percuma, bergantung kepada platform pilihan masing-masing.

Promosi Mengikut Platform

Shopee 8PM, 4 Mei – 5 Mei

  • Diskaun hingga 50%
  • Pulangan tunai 10% Shopee Cashback
  • Baucar penghantaran percuma

Tawaran utama:

  • realme 12 Pro+ 5G (12GB+512GB) – RM2,099 → RM1,539
  • realme Note 60x (Eksklusif Shopee) – RM369 → RM315
  • realme C63 – RM599 → RM539

Lazada 8PM, 4 Mei – 7 Mei

  • Potongan hingga RM600
  • Baucar tambahan dari platform
  • Penghantaran percuma

Tawaran utama:

  • realme 13 Pro+ 5G – RM2,299 → RM1,699
  • realme Pad 2 (6GB+128GB) – RM1,299 → RM934 (Termasuk casing, papan kekunci & stylus bernilai RM327)
  • realme C61 – RM499 → RM429

TikTok Shop, 5 Mei – 7 Mei

  • Diskaun hingga RM500
  • Pulangan tunai 8% untuk produk terpilih

Tawaran utama:

  • realme 14x (8GB+256GB) – RM1,099 → RM1,000
  • realme 12+ 5G – RM1,499 → RM970
  • realme C65 – RM699 → RM599

Nota: Semua promosi tertakluk kepada terma dan syarat masing-masing.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram