Mahkamah di Amerika Syarikat telah mengarahkan NSO Group, sebuah syarikat teknologi dari Israel yang membangunkan perisian intipan kontroversi Pegasus, untuk membayar ganti rugi sebanyak $167.25 juta (~RM706 juta) kepada Meta. Keputusan ini dibuat selepas NSO Group didapati bersalah menggodam 1,400 pengguna WhatsApp pada tahun 2019.
Perisian Pegasus mula mendapat perhatian global selepas ditemui dalam peranti milik Jamal Kashoggi, seorang wartawan Arab Saudi yang dibunuh pada tahun 2018. Walaupun Arab Saudi tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, NSO Group tetap diberi kebenaran oleh kerajaan Israel untuk menjual perisian tersebut kepada mereka.
Pegasus berfungsi sebagai alat intipan yang mampu mengakses:
Bukan hanya wartawan, malah ahli politik, aktivis hak asasi manusia dan pegawai NGO turut menjadi mangsa intipan siber ini.
Susulan pendedahan skandal Pegasus, Apple memperkenalkan mod keselamatan baharu yang dinamakan Lockdown Mode. Fungsi ini bertujuan untuk:
Langkah ini diambil untuk melindungi pengguna, terutama mereka yang berisiko tinggi menjadi sasaran pengintipan.
Keputusan mahkamah Amerika Syarikat ini memberi mesej jelas kepada industri teknologi bahawa privasi pengguna tidak boleh dikompromi. Meta berjaya membuktikan bahawa intipan siber berskala besar seperti ini tidak akan dibiarkan tanpa tindakan tegas.