Infinix GT 30 Pro Kini Di Malaysia - Harga Bermula RM1,299

Infinix hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar gaming terbaru mereka, GT 30 Pro, di Malaysia. Peranti ini merupakan model generasi ketiga dalam siri GT dan direka khas untuk pemain yang inginkan prestasi dan kawalan lebih baik dalam kategori pertengahan. Pelancaran ini juga mengukuhkan kedudukan Infinix dalam arena e-sukan tempatan apabila GT 30 Pro diumumkan sebagai Telefon Pintar Gaming Rasmi untuk Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Musim Ke-16.

Infinix GT 30 Pro membawakan beberapa ciri utama yang menarik, antaranya:

  • Sistem All-Day Full FPS dan GT Trigger eksklusif untuk kawalan yang lebih jitu.
  • Paparan 144Hz 1.5K AMOLED.
  • Cip MediaTek Dimensity 8350 5.5G.
  • Pengecasan pantas berwayar dan tanpa wayar.
  • Sistem kamera 108MP.
  • Alat AI One-Tap Infinix.
  • Rekaan cyber-mechanical yang futuristik.

Menurut Tommy Xiong, Pengarah Negara Infinix Malaysia, "Di Malaysia, permainan mudah alih bukan sekadar hobi – ia adalah gaya hidup." Beliau menambah, "GT 30 Pro dibina untuk memperkasakan setiap pemain, daripada pemain kasual kepada mereka yang ingin merealisasikan impian untuk menjadi pemain pro, untuk benar-benar 'Carrrrrry Like A Pro'."

Edisi Khas "Gaming Master Edition" turut diperkenalkan, yang merangkumi aksesori eksklusif seperti MagCharge Cooler (kipas penyejuk pengecasan wayarles magnetik) dan MagCase (sarung struktur yang dioptimumkan secara terma). Gabungan ini direka untuk meningkatkan penyejukan, kecekapan tenaga, dan ergonomik, membolehkan peranti mencapai pensijilan rasmi 120FPS untuk permainan popular seperti Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Infinix GT 30 Pro ditawarkan dalam beberapa varian warna iaitu Shadow Ash, Blade White, dan Dark Flare dengan pencahayaan RGB. Harga jualan adalah seperti berikut:

  • RM1,299 untuk model 12GB RAM + 256GB storan (semua varian warna).
  • RM1,499 untuk model 12GB RAM + 512GB storan (eksklusif untuk warna Dark Flare).

Jualan akan bermula pada 21 Mei 2025 secara dalam talian di kedai rasmi Infinix di Lazada, Shopee, dan TikTok Shop, serta di pengedar sah Infinix seluruh negara. Setiap pembelian akan menerima MagCharge Cooler & MagCase percuma, sementara stok masih ada.

Selain telefon pintar, Infinix turut memperkenalkan tablet gaming berprestasi tinggi, XPAD GT, yang dikuasakan cip Snapdragon 888, paparan 144Hz, dan bateri 10,000mAh. XPAD GT akan mula dijual pada 24 Mei 2025 dengan harga RM1,699 untuk model 8GB RAM + 256GB storan, dengan papan kekunci magnetik dan stylus percuma (bernilai RM599) untuk setiap pembelian sementara stok masih ada.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram