Infinix secara rasminya mengumumkan pelancaran Infinix Campus Cup (XCC) 2025, kejohanan esukan kampus berskala serantau yang membawa pengalaman baharu dan lebih mantap kepada komuniti pelajar di Asia Tenggara. Menggantikan edisi terdahulu yang dikenali sebagai Infinix University League, edisi kali ini hadir dengan skop lebih luas, hadiah lebih besar, dan peluang sebenar untuk melangkah ke dunia profesional esukan.
Dengan kerjasama permainan mudah alih popular Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), XCC 2025 akan berlangsung dari Mei hingga Julai 2025, melibatkan lima buah negara — Malaysia, Indonesia, Filipina, Kemboja, dan Myanmar.
Menurut Tony Zhao, Pengurus Besar Infinix, XCC dibangunkan dengan visi untuk menjadi platform utama yang mencungkil bakat baharu esukan dalam kalangan pelajar. “Kami percaya masa depan esukan bermula di kampus. Melalui XCC, kami ingin beri peluang kepada pemain muda untuk menonjolkan bakat, mengejar impian, dan membina kerjaya dalam industri gaming,” kata Tony.
Kejohanan ini akan berlangsung dalam tiga fasa utama:
Infinix turut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan bernilai USD 30,000, berserta hadiah dalam permainan MLBB seperti MLBB Diamonds. Berikut ialah struktur ganjaran utama:
Selain itu, juara keseluruhan juga akan menerima pengalaman tajaan penuh ke Grand Final M7 di Jakarta, iaitu pentas profesional esukan MLBB bertaraf dunia.
Penyertaan dibuka kepada semua pelajar berumur 16 tahun dan ke atas daripada sekolah menengah atas, kolej, dan universiti di seluruh Asia Tenggara. Peserta berumur bawah 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa atau penjaga. Peserta antarabangsa yang layak ke Grand Final serantau mesti memiliki pasport yang sah.
Untuk pasukan dari Malaysia, pendaftaran telah dibuka bermula 28 April hingga 9 Mei 2025. Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui pautan ini.
Untuk maklumat terkini, peserta dan peminat boleh mengikuti Facebook rasmi Infinix, laman komuniti serta akaun TikTok yang akan menyiarkan pengumuman rasmi, siaran langsung dan liputan sepanjang kejohanan.