Hollyland Lark Max 2, Lark A1 Kini Di Malaysia - The Perfect Combo Bermula RM319

Hollyland Lark Max 2 dan Lark A1 iaitu dua mikrofon nirwayar baharu di Malaysia, kini rasmi. Sekali lagi ia dibawakan oleh Hollyland Malaysia dan juga Pixels Distribution. Peranti ini direka untuk memenuhi keperluan pencipta kandungan dan penggunaaan untuk audio profesional.

Hollyland Lark A1

Untuk Vlogger dan Pencipta Kandungan, Lark A1 disasarkan kepada vlogger, streamer, dan pencipta kandungan. Mikrofon ini menawarkan kualiti audio high-fidelity 24-bit dengan tahap tekanan bunyi 120dB. Ia juga dilengkapi dengan tiga tahap pembatalan hingar, perlindungan klip had auto, serta EQ boleh laras dan kesan reverb.

Hollyland Lark A1

Setiap pemancar Lark A1 mempunyai julat sehingga 200m dan boleh beroperasi antara 6.5 hingga 9 jam, bergantung kepada penggunaan fungsi pembatalan hingar. Sarung pengecasnya menyediakan dua cas penuh, membolehkan penggunaan sehingga 54 jam secara keseluruhan.

Harga jualan untuk Hollyland Lark A1 bermula dari RM169, manakala set kombo ditawarkan pada harga RM319.

Hollyland Lark Max 2

Untuk Profesional Audio, Bagi golongan profesional, Hollyland memperkenalkan Lark Max 2. Mikrofon ini menyertakan pemantauan wayarles kependaman rendah, rakaman 32-bit float, dan sokongan timecode.

Hollyland Lark Max 2

Ia juga menampilkan pembatalan hingar berkuasa AI yang dikatakan mampu menghilangkan bunyi latar belakang dengan berkesan untuk menghasilkan audio yang jelas dalam pelbagai persekitaran.

Hollyland mendakwa mikrofon Lark Max 2 mempunyai julat penghantaran sehingga 340m dan boleh beroperasi sekitar 11 jam. Dengan sarung pengecasnya, jumlah hayat bateri boleh mencapai 36 jam. Pemancar ini juga boleh dilekatkan pada pakaian menggunakan mekanisme klip hover.

Hollyland Lark Max 2 Combo dijual pada harga RM1,299.

Hollyland Lark A1 vs Lark Max 2

Ciri UtamaHollyland Lark A1Hollyland Lark Max 2
Sasaran PenggunaVlogger, Streamer, Pencipta KandunganProfesional Audio
Kualiti Audio24-bit High-Fidelity32-bit Float Recording
SPL120dBTidak dinyatakan
Pembatalan Hingar3 Tahap, Auto-Limit Clip Protection, EQ/ReverbAI-Powered Noise Cancellation
Julat Penghantaran200m340m
Hayat Bateri (TX)6.5-9 jam11 jam
Hayat Bateri (dengan Cas)Sehingga 54 jamSehingga 36 jam
Ciri Tambahan-Low-latency Wireless Monitoring, Timecode Support
Mekanisme LekapanTidak dinyatakanHover-clip mechanism
Harga (Malaysia)Bermula RM169 (Kombo RM319)Kombo RM1,299

Hollyland Lark Max 2 dan Lark A1 boleh menjadi sebahagian dalam aksesori wajib untuk pencipta kandungan baru nak mula serta yang profesional - Baca sini.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram