Google Pixel 9a Kini Boleh Dibeli Pada RM2,699

Jika anda rasakan Pixel 9, Pixel 9 Pro dan Pixel 9 Pro XL terlampau mahal tetapi mahukan Pixel 9 dengan ciri Gemini baharu Google Pixel 9a adalah pilihan alternatif. Ia merupakan peranti kelas pertengahan dengan cip sama peranti mercu Pixel 9 tetapi prestasi dunia nyata adalah seakan peranti 3-4 tahun lepas.

Ini kerana, Pixel 9a dan Tensor G4 memfokuskan kepada penggunaan tenaga yang efisien selain untuk ciri AI yang lebih pantas. Cuma harga jualan ini mungkin bukan untuk semua. Salah seorang pekerja kami masih setia dengan Pixel 9 Pro XL beliau. Akan datang kami akan minta big boss belikan iPhone 16 Pro atau tungu iPhone 17 Air.

Spesifikasi peranti:

  • Dilengkapi dengan 6.3" Actual display, 120Hz, OLED FHD+ dan Gorilla Glass 3 1800 nits.
  • Bateri kapasiti 5,100 mAh, pengecasan nirwayar Qi.
  • Google Tensor G4 dan Titan M2.
  • Fast charging
  • 48 MP + 13 MP | Super Res Zoom
  • 13 MP swafoto camera.
  • Nirwayar
  • 8GB RAM, 128/256 GB
  • 7 tahun kemas kini
  • IP68

Nasihat kami, peranti Pixel ini adalah untuk peminat tegar teknologi yang hanya inginkan pengalaman Android asli. Jika anda ada duit lebih, silakan tetapi jika terhad banyak lagi peranti mampu milik yang lebih hebat dan lebih murah.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram