Berita gembira untuk FixBay Sdn Bhd apabila telah mengambil alih 8 cawangan XpertGadget sebagai permulaan untuk menawarkan perkhidmatan dalam bidang baik pulih yang lebih baik. VIsi FixBay adalah untuk menjadi pusat rujukan baik pulih untuk pelbagai bidang.
Sebagai permulaan, bidang baik pulih telefon pintar seperti iPhone dan Android akan menjadi pilihan, selain itu, baik pulih peranti seperti iPad, iWatch juga disediakan di cawangan perkhidmatan Fixbay. FixBay juga sedang dalam rundingan untuk menerima beberapa lagi cawangan lain untuk menjadi keluarga besar FixBay.
Walaupun kami baharu sahaja bermula, kami bukan bermula daripada sifar, tetapi berbekalkan pengalaman menjalankan perniagaan dalam bidang perkhidmatan pelanggan ini sejak lebih daripada 10 tahun. Jika anda ingin bersama-sama berkembang maju dalam keluarga besar FixBay.
Kami ingin jemput anda untuk turut serta dengan melayari halaman Sertai FixBay dan isi borang di halaman tersebut.
Gambar di bawah ini adalah contoh paparan cawangan FixBay Shah Alam yang telah dipasangkan dengan papan tanda baru FixBay. Jika anda ternampak warna biru FixBay ini, jemput singgah untuk membuat semakan peranti anda. Jika tiada kerosakan yang perlu dibuat, tiada bayaran akan dikenakan.
Berikut adalah 8 cawangan XpertGadget yang telah bergabung untuk duduk di bawah naungan FixBay.
Anda boleh klik di atas nama setiap cawangan untuk mendapatkan info lanjut mengenai setiap cawangan baharu FixBay ini. Impian FixBay adalah untuk memberikan perkhidmatan baik pulih telefon yang berkualiti dengan harga mampu milik.
Jika sebelum ini, cawangan XpertGadget bermula sebagai kedai telefon, berpindah kepada FixBay, perkhidmatan sebagai kedai baiki telefon masih diteruskan dan ditambah baik dengan proses dan gerak kerja serta kualiti latihan yang lebih cemerlang.
Laman rasmi fixbay.com.my ini juga akan menjadi sebagai premis digital kami untuk berkongsi dan menyampaikan tips-tips serta info menarik berkaitan topik baik pulih, teknologi peranti pintar dan banyak lagi. Ini hanyalah permulaan untuk satu platform yang lebih besar di tanahair kita, Malaysia.
Semoga bulan kemerdekaan ini, akan membuka warkah baru dalam perjalanan FixBay dalam arena perkhidmatan baik pulih di Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong kami sejak dari permulaan lagi. Kini tiba masa untuk kami mengorak langkah lebih rancak demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan FixBay.
[…] Muhammad Hafizul Izwan atau lebih dikenali sebagai Jensen King @ Long iLab. Jika sebelum ini FixBay mengambil alih 8 cawangan XpertGadget. Kali ini, FixBay meneruskan gerak kerja untuk menambah kualiti perkhidmatan dengan mengambil alih […]