First party vs third party - yang mana satukah terbaik untuk mereka membaiki peranti anda? Apabila telefon pintar kesayangan anda rosak, soalan pertama yang pasti bermain di fikiran ialah, "Di mana tempat terbaik untuk baiki telefon ni?" Anda akan terus berdepan dengan dilema: patutkah hantar ke pusat servis rasmi (first party) atau cukup sekadar ke kedai pembaikan pakar pihak ketiga seperti FixBay?
Keputusan ini boleh memberi kesan besar pada poket, masa, dan kepuasan hati anda. Jangan risau, kami di sini untuk membantu. Ini adalah 5 petua penting untuk menilai perbandingan first party vs third party agar anda dapat membuat keputusan yang paling bijak.
Ini selalunya faktor utama. Sebelum membuat keputusan, tanya diri anda: berapa banyak yang saya sanggup belanjakan?
P/S: Jika telefon anda sudah tiada waranti dan anda mahukan penjimatan, kedai pihak ketiga adalah pilihan yang lebih mesra poket. FixBay please...
Dalam dunia hari ini, setiap minit adalah berharga. Berapa lama anda sanggup berpisah dengan telefon anda?
P/S: Jika anda perlukan telefon anda semula dengan segera, servis pihak ketiga adalah jawapan yang anda cari.
Fleksibiliti adalah kelebihan besar yang sering diabaikan.
P/S: Untuk lebih banyak pilihan dan kawalan ke atas kos, pilihlah pusat servis pihak ketiga yang telus mengenai pilihan alat ganti mereka.
Jangan sesekali ambil risiko dengan menghantar telefon ke kedai yang tidak menawarkan jaminan!
P/S: Sentiasa tanya tentang tempoh dan syarat jaminan. Ini adalah tanda sebuah kedai yakin dengan kualiti kerja mereka.
Kemudahan adalah kemewahan. Proses yang rumit boleh menambah tekanan kepada anda.
P/S: Pilih kedai yang menjadikan proses pembaikan mudah untuk anda, dari awal hingga akhir.
Dalam pertembungan first party vs third party, tiada jawapan yang salah. Namun, dengan memahami 5 petua ini, anda kini lebih bersedia untuk membuat keputusan yang bijak. Bagi kebanyakan masalah harian, pusat servis pihak ketiga yang dipercayai seperti FixBay jelas menawarkan pakej yang lebih lengkap dari segi penjimatan, kelajuan, dan kemudahan.
FixBay ada 7 cawangan di seluruh Malaysia seperti FixBay Ampang, FixBay Bandar Seri Putra, FixBay Kajang, FixBay Semenyih, FixBay Senawang, FixBay Seremban 2 dan FixBay Sungai Petani. Di FixBay, kami menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan pembaikan seperti penggantian skrin, penukaran bateri, pemulihan data, masalah perisian dan banyak lagi.
Setiap juruteknik di FixBay juga mempunyai pengalaman lama. Ada dengan pengalaman sejak 2013, iaitu lebih 12 tahun, ada yang dilatih pakar terkemuka dunia dan ada juga yang lahir-lahir sudah menjadi bijak dan handal. Jemput membaca pelbagai artikel kami dari petua, berita dan pelbagai lagi di laman web rasmi FixBay.