Peranti paparan seperti monitor komputer, televisyen, skrin telefon bimbit yang terdiri daripada banyak piksel individu. Bergantung pada jenis peranti paparan, ia mungkin mengandungi ratusan ribu atau bahkan berjuta-juta piksel. Biasanya, piksel akan melaksanakan fungsi yang dimaksudkan dengan menukar warna sebagai tindak balas kepada imej yang ditayangkan. Walau bagaimanapun, ada juga masanya apabila skrin piksel tersebut boleh mati yang dikenali deadpixel.
Oleh itu, jom kita fahami dulu bagaimana deadpixel ini boleh terjadi dan langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan skrin deadpixel semakin tersebar.
Istilah 'piksel mati' merujuk kepada piksel yang gagal menukar warna. Fenomena ini terjadi apabila peranti paparan gagal menukar warna. Pixel direka bentuk untuk menukar warna. Apabila peranti paparan menghasilkan imej, pikselnya menampilkan warna imej yang sesuai. Deadpixel biasanya disebabkan oleh kesilapan pembuatan. Kesilapan itu menghalang piksel daripada menerima kuasa dan menyebabkan piksel akan kekal hitam pada setiap masa.
Apa yang menyebabkan deadpixel sebenarnya? Kebanyakan deadpixel terhasil daripada sambungan kuasa yang gagal. Piksel memerlukan kuasa untuk menukar warna. Jika sambungan kuasa kepada piksel terputus, ia akan menjadikan piksel hitam dan mati
Ini berfungsi kerana, deadpixel terhasil apabila cecair dalam satu atau lebih subpikselnya tidak tersebar sama rata. Apabila lampu latar skrin anda dihidupkan, jumlah cecair yang berbeza melalui piksel akan menghasilkan warna yang berbeza. Apabila anda menggunakan tekanan, anda memaksa cecair keluar dan apabila anda melepaskan tekanan, kemungkinan cecair akan menolak masuk dan merebak secara merata seperti yang sepatutnya.
Cari kad waranti anda (warranty card) dan semak jaminan. Pengilang atau kedai tempat anda membeli telefon bimbit mungkin menawarkan waranti yang meliputi deadpixel. Namun, ada juga pengilang yang menetapkan bilangan resolusi tertentu pada setiap telefon bimbit yang dikeluarkan. Sekarang ini semuanya dihujung jari, anda boleh menyemak waranti kad anda secara atas talian terlebih dahulu dan dapatkan nasihat daripada mereka untuk mendapatkan nilai ganti rugi yang berbaloi!
Bagi yang mengalami deadpixel atau tersekat pada skrin telefon bimbit adalah sangat tidak menyenangkan. Namun, segelintir daripada kita hanya membiarkan ia sementara membuat tabungan untuk membeli telefon bimbit yang baharu.
Perlu diakui bahawa peranan telefon bimbit sangat penting dalam kehidupan, oleh itu jika anda meengalami sebarang masalah dengan skrin telefon anda sila rujuk kepada pakar untuk dibaiki kerana skrin yang baik mampu memberikan prestasi yang cemerlang kepada aktiviti harian anda!
Kami berharap skin telefon anda mampu bertahan dengan tips ini! Untuk lebih banyak tips dan ilmu berkaitan telefon bimbit, ikuti kami di laman sosial FixBay!