CUKTECH, peneraju inovasi dalam produk kuasa dan pengecasan, memperkenalkan tiga produk baharu untuk pasaran Malaysia; CUKTECH CP12 ‘Magnetic Power Bank’ dengan kabel terbina, CUKTECH CP12 ‘Magnetic Power Bank’ dengan kaki terbina, dan CUKTECH 10 Plus ‘Power Bank’. Pelancaran ini mengukuhkan komitmen CUKTECH untuk menyediakan produk pengecasan berprestasi tinggi dan mudah diakses yang direka khas untuk gaya hidup digital terkini.
CUKTECH CP12 ‘Magnetic Power Bank’ dengan kabel terbina menawarkan bateri berkapasiti 10,000mAh, pengecasan pantas berwayar 22.5W, dan pengecasan tanpa wayar 7.5W. Ia dilengkapi dengan kabel braided yang tahan lasak dan magnet N52 yang kuat untuk pengecasan yang pantas dan selamat. CUKTECH CP12 ‘Magnetic Power Bank’ dengan kaki pula menawarkan dwi-fungsi sebagai pengecas tanpa wayar di rumah dan powerbank magnetik mudah alih. Ia menyokong pengecasan pantas berwayar 20W dan pengecasan tanpa wayar 7.5W, serta keupayaan untuk mengecas dua peranti serentak.
Sementara itu, CUKTECH 10 Plus ‘Power Bank’ hadir dengan bateri berkapasiti 15,000mAh, output 120W ‘single-port’, dan paparan warna TFT pintar untuk pemantauan masa nyata. Ia menyokong pelbagai protokol pengecasan pantas dan dioptimumkan untuk jenama-jenama terkemuka seperti Xiaomi, Samsung dan Apple. Produk ini mampu mengecas Xiaomi 14 Pro hingga 100% dalam 18 minit dan mencapai 30% cas dalam 10 minit.
Produk-produk ini boleh didapati di Shopee bermula 15 Mei 2025 dan akan dilancarkan di Lazada pada 23 Mei 2025.