CMF by Nothing iaitu sub-jenama kepada Nothing sebentar tadi telah melancarkan telefon pintar kelas asas generasi kedua mereka iaitu CMF Phone 2 Pro. Bersama-sama dengannya adalah CMF Buds 2, CMF Buds 2 Plus dan CMF Buds 2a. CMF Phone 2 Pro hadir dengan skrin 6.77” AMOLED fleksibel 120Hz, kecerahan 3000 nits dan dijana cip Dimensity 7300 Pro. Peranti dipadankan dengan memori dan storan 8/256 GB.
Telefon ini adalah peranti paling nipis dan ringan pernah Nothing hasilkan degan tebal 7.8mm dan berat 185g sahaja. Bahan binaan adalah jenis plastik degan kamera mempunyai bahan aluminium serta, skru pula adalah besi tahan karat. Binaan CF Phone 2 Pro adalah lebih premium dan elegan.
Nothing menawarkan pilihan warna putih, hitam, jingga dan hijau cair. Untuk kamera mereka menggunakan konfigurasi 50MP + Tele 6x + Ultra Lebar 8MP dan kamera swafoto 16MP. Peranti turut hadir dengan sokongan NFC untuk Google Pay. Bateri peranti adalah 5000mAh dengan ketahanan mencapai 2 hari untuk 1 pengecasan penuh.
Untuk CMF Audio; CMF Buds 2 adalah TWS mampu milik dengan audio ditala degan Dirac Opteo. Ia kini menyokong mod pembatalan hingar aktif hibrid sehingga 48dB dan mod spatial. Ia kini menawarkan audio lebih dinaik dan jelas. Sementara Buds 2 Plus pula adalah versi lebih premium, di mana ia menyokong audio Hi-Res LDAC, menyokong kawalan EQ dan menawarkan audio lebih dalam dan kawalan lebih banyak untuk pengguna. Buds 2a pula adalah TWS asas kepada asas mereka, dengan fokus kepada rekaan menarik dan kualiti audio yang tidak ketinggalan zaman.
CMF Phone 2 Pro dijual di Malaysia pada harga RM1,199. Sementara untuk CMF Buds 2, Buds 2 Plus dan Buds 2a harga jualannya adalah RM199, RM229 dan RM159. Pra-tempahan akan dibuka bermula hari ini 29 April 2025 dengan jualan terbuka kepada umum bermula 6 Mei 2025.