Ingat tak bulan lepas BYD umumkan sistem pengecasan adi-pantas 1000V Super e-Platform? Hari ini, ia bukan sekadar konsep tetapi telah menjadi produk rasmi dan memasuki fasa jualan rasmi di China.
Dilengkapi dengan motor: Dual Motor 230kW depan + 580kW belakang = total 810kW (778hp) dan bateri sebanyak 83.212 kWh Blade Battery dengan jarak 601 km (CLTC). BYD model ini juga dilengkapi dengan pengecasan: 0-100% dalam 20 minit, atau 5 minit untuk pergi 400km, wow kan? Pecutan 0 ke 100 km/j dalam 2.7 saat (tak payah tunggu turbo spool up).
Sistem Swapandu: DiPilot 300 siap LiDAR, boleh parking sendiri, brek kecemasan sendiri dan harga bermula RMB 219,800 (~RM134k) je? Huh! Saga EV kat sini pun tarik nafas panjang.
Nak versi bajet sikit? Ada juga varian RWD-only dan PHEV untuk yang belum ready commit full electric life.
Sebuah super EV yang dimuat dengan motoe yang mempunyai kuasa sampai 810kW (1,100hp) untuk versi AWD (boleh tarik hati orang Bugatti). Dijana oleh bateri 100.53kWh LFP, jarak 670 km (CLTC) dan pengecasan: 0-100% dalam 20 minit, sama macam Han L. Bonus: Ada versi dengan dron terbina (yes, DRON, bukan power tailgate je). Tapi range sikit turun ke 560 km, sebab maybe dron tu nak charge jugak kan. Pecutan 0 ke 100 km/j dalam 3.9 saat, SUV, bukan supercar, tapi laju gila.
Sistem Swapandu: DiPilot 300, LiDAR semua ada, sama dengan model Han L. Harga: Bermula RMB 239,800 (~RM145k), dan ada juga versi PHEV untuk yang masih takut nak move on.
Kepada geng ICE yang suka sangat cakap "Alah EV tu leceh, nak charge lama, belum power lagi macam enjin petrol...". Meh sini sat. 5 minit boleh bawa 400km. 778hp, LiDAR, autopilot, harga bawah RM150k, dan SUV siap boleh main dron. Sampai bila nak hidup dalam mitos lama? Inilah masa kita tukar naratif EV bukan lagi eksperimen, ia realiti, dan makin savage.
Sumber: Car News China