Teknologi yang semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah merancakkan penggunaan jam pintar di kalangan penduduk dunia. Ini adalah kerana terdapat beberapa ciri yang menarik berkenaan jam pintar ini. Antara golongan yang menyukai jam pintar ini ialah seperti mereka yang banyak menghabiskan masa dengan bersukan, ahli korporat yang inginkan gaya santai serta golongan muda yang menjalani kehidupan aktif serta positif mengikut teknologi terkini. Terdapat pelbagai jenama jam pintar yang boleh dipilih untuk digunakan. Fungsi utama jam pintar mempengaruhi aktiviti seharian manusia.
Jam pintar ini aktif menunjukkan aktiviti seperti pelancongan, bersukan, berkomunikasi antara satu sama lain, keselamatan anak-anak atau warga emas dan juga hobi mingguan kita. Bagaimana sekiranya bateri jam pintar itu bermasalah? Apa yang perlu dilakukan? Tidak perlu cemas ya..... Kami bantu anda sebaik mungkin. Jika bateri telefon pintar dapat bertahan sekurang-kurangnya empat belas hari,begitu juga sebaliknya dengan jam pintar anda jika kena pada caranya. Jom baca apa yang jam pintar anda boleh lakukan untuk jangka masa penggunaan bateri dengan lebih lama serta penjelasan yang lebih mendalam dan terperici.
Anda tidak perlu bimbang kerana kami telah menyenaraikan beberapa tips untuk meningkatkan hayat atau bateri jam pintar anda. Ini yang boleh anda lakukan. Apalagi? Jom baca tips santai ini.
5 cara berkesan supaya bateri jam pintar tahan lebih lama
1. Peralatan pengecas tulen
Elak dari menggunakan kabel pengecas tiruan kerana ia juga dapat memanjangkan prestasi dan kesihatan bateri jam pintar anda. Bukan itu sahaja, malah ianya membahayakan diri anda kerana penggunaan pengecas tiruan adalah sangat berbahaya dan tidak ada jaminan ganti rugi jika berlaku perkara tidak diingini. Opps! Kawasan yang dicas juga amatlah dititikberatkan supaya ianya tidak mudah terbakar. Jadi? Jauhkan dari tempat yang tidak selamat dan mendapat pengudaraan yang baik. Yang lebih penting lagi, pastikan ianya tulen dari pengeluar atau pengedar yang sah sahaja.
2. Pengurangan pencahayaan skrin
Anda mesti mengurangkan penggunaan pencahayaan pada skrin jam pintar anda. Dengan cara ini juga, ia dapat menjimatkan bateri jam pintar anda supaya kekal lebih lama dan yang pasti anda masih dapat melihat skrin pada jam pintar itu. Anda juga boleh tetapkan skrin pencahayaan untuk masa-masa yang berbeza. Laraskan juga mengikut kesesuaian penglihatan mata anda supaya anda selesa untuk melihatnya.
3. Matikan Wi-Fi dan Bluetooth apabila tidak digunakan
Semestinya Wi-Fi dan Bluetooth ialah dua teknologi tanpa wayar. Hal ini secara teori sememangnya menggunakan tenaga bateri yang banyak. Dengan mematikan kedua mod ini, bateri jam pintar anda dapat bertahan dengan lebih lama. Mod aktif dibuka sekiranya perlu menggunakan kedua-dua mod ini supaya tidak menggunakannya secara keterlaluan. Ingat! Jika anda tidak mematikan penggunaan Wi-Fi dan Bluetooth, berkemungkinan serangan penggodam sedang menanti anda.
4. Hidupkan mod penjimatan kuasa
Aktifkan mod penjimatan kuasa di jam pintar anda. Mudah bukan? Tutup sahaja aplikasi yang tidak diperlukan atau jarang sekali anda gunakan. Ia sangat membantu untuk memaksimumkan hayat bateri jam pintar anda. Mudahnya nak jimat! Apa tunggu lagi. Aktifkan segera.
5. Menukar bateri
Ramai menyangka bateri dapat hidup dengan lebih lama setelah beberapa tahun penggunaanya.Tahukah anda? Jangka hayat bateri juga adalah diantara 24 hingga 30 bulan sahaja. Itulah hakikatnya. Jadi? Jika perlu, kemungkinan besar anda mesti menukar bateri atau membawa jam pintar kesayangan anda itu ke tempat servis yang anda percayai. Jangan pula baiki bateri sendiri. Setuju tak?
Secara khususnya, jika penggunaan jam pintar ini hanya digunakan kepada perkara yang ringan atau melakukan aktiviti senaman, anda masih mempunyai sekitar 30% bateri yang berbaki walaupun setelah seminggu penggunaannya. Hebat bukan? Yang pasti, penjagaan yang sewajarnya untuk jam pintar anda harus dititikberatkan jika tidak mahu ianya rosak atau tidak berfungsi dengan betul. Pastikan ya.
Akhir kata, cara penggunaan jam pintar ini menjadi titik utama jangka hayat bateri jam pintar kita. Ingat tu.
Kami amat gembira kerana mampu menyelesaikan masalah anda. Ikuti kami untuk artikel yang akan datang. Terima Kasih.
Masih memerlukan bantuan? Boleh hubungi Pusat Perkhidmatan FixBay yang berdekatan.