Telefon bimbit merupakan sebuah peranti yang sangat penting dalam kehidupan manusia untuk bekerja dan berkomunikasi dengan orang lain. Memandangkan penggunaan telefon yang sangat tinggi, kehilangan bateri telefon juga menjadi satu kepastian. Situasi ini akan menjadi runsing apabila ia berlaku ketika anda sedang berada dalam keadaan kecemasan.
Ramai orang mungkin tidak mengakuinya, tetapi 'kehabisan bateri' adalah perkara yang mampu menyebabkan tekanan bagi ramai pengguna telefon bimbit.
Jadi, mempunyai pengecas telefon bimbit adalah satu keperluan yang utama buat pengguna telefon bimbit, mereka akan memanfaatkan setiap peluang untuk mengecas telefon bimbit sehingga kadangkala menggunakan kereta untuk menyambungkan telefon bimbit Android atau iPhone mereka. Terutamanya semasa terperangkap dalam kesesakan, ia mungkin kelihatan seperti masa yang sesuai untuk mengecas telefon anda di dalam kereta.
Ramai yang masih belum maklum bahawa menggunakan pengecas mudah alih dalam kereta adalah berbahaya kepada telefon dan juga kepada kereta. Dalam kebanyakan kes juga, keselamatan anda mungkin terjejas. Jika bateri kereta rosak oleh pengecas mudah alih di dalam kereta, maka kereta itu mungkin berhenti di tengah jalan. Kemalangan yang tidak dijangka boleh berlaku.
Bergantung pada tahun, jenama dan kereta anda, terdapat beberapa cara untuk mengecas telefon bimbit. Antara pilihan yang paling kerap digunakan ialah:
1. Melalui port USB: Setiap kereta mempunyai satu atau lebih port USB yang boleh digunakan untuk memasang pengecas telefon bimbit. Namun, arus yang datang dari port ini terlalu terhad untuk mengecas telefon bimbit anda.
2. Melalui Pengecasan Tanpa Wayar: Model kereta terkini mungkin mempunyai teknologi pengecasan tanpa wayar. Jadi anda tidak perlu lagi bersusah payah dengan kabel. Anda hanya meletakkan telefon pintar anda di dalam kawasan pengecasan. - Setakat ini adalah yang paling kurang risiko berbanding pilihan lain.
3. Melalui Pemetik Api: Ia memerlukan arus sekurang-kurangnya 2 ampere untuk mengecas telefon bimbit anda. Namun jika arus yang dikeluarkan kurang atau melebihi 2 ampere, risiko kerosakan akan terjadi.
Ramai orang mungkin percaya bahawa jika terdapat pengecas telefon yang sesuai dan berkualiti di dalam kereta, ini bermakna kenderaan dan telefon bimbit itu sesuai sepenuhnya untuk dicas, tetapi tidak, ia tidak semestinya begitu.
Walhal jenama telefon bimbit terkemuka sendiri seperti Apple tidak pernah mengeluarkan apa-apa aksesori berkaitan pengecas telefon dalam kereta dan tidak pernah mengalakkan mana-mana pengguna produk mereka terutamanya iPhone untuk penggunaan pengecas kereta. Kebanyakkan jenama-jenama pengecas telefon bimbit kereta juga sangat meragukan dan tiada pengiktirafan keselamatan dikeluarkan untuk produk tersebut.
Tetapi melainkan anda terdesak, mengecas telefon bimbit anda semasa dalam perjalanan mungkin satu kesilapan besar.
Satu lagi aspek yang perlu diingat ialah voltan yang diperlukan oleh telefon bimbit tidak serasi dengan yang disediakan oleh kereta. Kebanyakan soket 12V boleh membekalkan sehingga sepuluh amp, manakala kebanyakan pengecas menggunakan 1 hingga 2 amp. Pengecas yang tidak berfungsi atau rosak boleh memberikan kuasa yang tidak konsisten pada telefon bimbit, mengakibatkan litar pintas atau lonjakan secara tiba-tiba yang boleh menyebabkan terlalu panas, kerosakan pada komponen dalaman, atau kadang-kadang, merosakkan telefon bimbit.
Telefon bimbit anda boleh menerima terlalu banyak kuasa, terutamanya jika anda menggunakan port " pemetik rokok " untuk mengecas. Model kereta yang lebih baharu biasanya tidak disertakan dengan pemetik api rokok lagi, tetapi kebanyakan kereta masih mempunyai satu atau dua soket 12V yang sama yang digunakan untuk menyalakan pemetik api rokok.
Seperti bateri, kereta menggunakan bahan api yang jika dikeluarkan melebihi kapasiti akan mencetuskan implikasi yang buruk kepada pemandu atau pengguna telefon bimbit tersebut. Perkara yang sama berlaku untuk penghawa dingin: semuanya memerlukan elektrik dan tenaga. Jadi anda perlu tahu bahawa jika anda menggunakan penghawa dingin, GPS, lampu menyala dan ditambah dengan telefon bimbit yang sedang dicas, penggunaan bahan api akan menjadi lebih tinggi dan akan membawa kepada kemalangan bahan api yang sangat berbahaya.
Walaupun penggunaan bahan api mungkin kelihatan tidak begitu banyak, terdapat artikel kemalangan yang terjadi melibatkan telefon bimbit meletup yang mengakibatkan kebakaran pada kereta yang digunakan. Ia adalah amat penting bagi meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat mengenai bahaya penggunaan pengecas kereta ini.
Dan fikirkan dengan teliti, adakah kereta itu benar-benar berkesan mengecas telefon bimbit?
Tidak! Ia bukan sahaja mengecas dengan teruk. Kadang-kadang, ia tidak mengecas pun (walaupun dikatakan bateri penuh). Seperti yang anda boleh bayangkan, ini boleh membawa kesan kepada kedua-dua telefon bimbit dan kereta anda.
Pengecas kereta bukan sahaja merosakkan telefon tetapi juga bateri kereta. Ia memberikan kurang tenaga kepada telefon. Pengecasan perlahan ini juga mengambil lebih banyak masa. Akibatnya, bateri kereta menjadi rosak teruk!
Bayangkan anda sedang memandu dan bateri kereta juga sedang dicas buat jangka masa yang lama, maka bateri kereta akan cepat habis. Kerosakan lebih besar juga akan dialami kepada komponen kereta yang lain terutamanya pada bahagian saluran kuasa jika menggunakan sambungan pengecas telefon yang tidak baik atau tidak berkualiti.
Dalam situasi ini, pastikan telefon anda dicas sepenuhnya sebelum anda memulakan perjalanan. Sebaliknya, mereka yang mempunyai banyak kerja di luar rumah mungkin tidak selalu dapat menggunakan pengecas telefon. Perkara yang sama juga berlaku kepada mereka yang lupa untuk membawa pengecas.
Jadi sebelum anda keluar rumah, anda mesti mengecas telefon sehingga penuh dan jika anda perlu mengecas, pergi ke mana-mana stesen minyak, surau atau kedai yang berdekatan.
Atau yang paling mudah adalah dengan membeli powerbank daripada sumber yang dipercayai supaya anda boleh mengecas semasa dalam perjalanan tanpa perlu risau! Ia mungkin mahal sedikit tetapi ia jauh lebih murah daripada pergi menukar bateri kerta yang habis sebelum pemeriksaan tahunan.
Teknologi menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih cekap. Mengecas telefon bimbit di dalam kereta adalah aktiviti biasa bagi kebanyakan pengguna kereta di seluruh dunia. Walaupun ia bertujuan untuk memastikan telefon bimbit tidak kehabisan bateri, namun dalam kebanyakkan situasi ianya sangat berbahaya dan berisiko.
Perlu diingatkan juga adalah tidak selamat untuk menggunakan telefon anda semasa mengendalikan kenderaan. Jika anda tersilap melepaskan stereng kereta atau mata meninggalkan jalan raya kerana lalai dengan telefon bimbit, ia pasti akan mendatangkan malapetaka kepada anda dan orang sekeliling anda. Oleh itu kurangkan menggunakan telefon bimbit semasa di dalam perjalanan dan tunggu sehingga anda pulang ke rumah atau ke destinasi untuk menggunakannya.