Rahsia berdasarkan pengalaman sendiri yang tidak pernah membaiki peranti sendiri walaupun terlibat dengan perniagaan firma pembaikan peranti pengguna.
Saya seorang peminat tegar telefon pintar dan kerap bertukar peranti. Walaupun begitu, saya masih memiliki sebuah telefon pintar utama yang dijadikan sebagai peranti harian yang kini telah berusia 3 tahun. Sepanjang penggunaan ini saya tidak pernah mengalami masalah bateri sekali pun dan dalam artikel ini saya kongsi tips berdasarkan pengalaman sendiri untuk melakukan penentukuran dan penjagaan bateri peranti anda.
Ada banyak faktor menyebabkan perkara ini berlaku. Berikut adalah apa yang saya sendiri alami;
• Kaedah pengecasan yang tidak berdisiplin.
• Penggunaan peranti yang ekstrem sehingga ia memanas.
• Masalah perisian yang menyebabkan bacaan sebenar peranti tidak tepat.
Melakukan penentukuran boleh mencegah masalah yang saya alami tadi dan saya telah semak dengan pasukan juruteknik saya, ia benar.
• Pastikan anda stabilkan suhu peranti sebelum mengecas.
• Selepas peranti dicas, jangan terus guna - beri sedikit tempoh bertenang (cooling period).
• Pastikan tidak menggunakan peranti sambil ia sedang dicas.
Benar, kaedah saya ini tiada bukti saintifik tetapi berdasarkan penggunaan dan penjagaan saya - bateri peranti saya iaitu iPhone 14 Pro. Saya masih tidak tukar dan dengan penjagaan ini tahun ini kini peranti saya mempunyai peratusan kesihatan 81%.
Saya melakukan perkara ini sebulan sekali.
Pastikan bateri kekal pada kadar 90% ke 40%.
• Elakkan bateri turun bawah 40% sebelum mengecas.
• Tidak perlu cas hingga 100% setiap kali, cukup 90%.
Cas Sedikit Demi Sedikit
• Lakukan pengecasan bertahap.
• Elakkan mengecas telefon semalaman tanpa pemantauan.
Elakkan Telefon Terlalu Panas
• Tutup aplikasi berat jika tidak digunakan.
• Kurangkan penggunaan telefon semasa mengecas.
Penentukuran dan penjagaan bateri yang betul adalah kaedah terbaik untuk menjamin kesihatan bateri peranti anda. Hanya selepas beberapa bulan iPhone 17 dilancarkan nanti baru saya akan pertimbangkan tukar ke model baharu dengan iPhone 14 Pro saya akan hanya tukar bateri menjadi peranti kedua.
Amalkan tips dan tutorial yang mahal ini, kerana ia jarang diberikan oleh juruteknik luar setiap kali anda ada masalah bateri.
Adakah kalibrasi bateri selamat untuk semua jenis telefon?
Ya, ia sesuai untuk kebanyakan telefon Android dan iPhone.
Berapa kerap perlu melakukan penentukuran bateri?
Sebulan sekali sudah memadai untuk mengekalkan kestabilan bacaan bateri.
Bolehkah penentukuran bateri memanjangkan hayat bateri?
Ya. Ia membantu mendapatkan bacaan lebih tepat, Manakala amalan pengecasan betul dapat memanjangkan hayat sebenar bateri tanpa ada rasa risau lagi.