Ciri ini dikatakan memfokuskan kepada teknologi kecerdasan buatan generatif khusus untuk kesihatan. Antaranya adalah Doktor AI, yang boleh memberi diagnosis awal, nasihat atas simptom dan lain-lain berkenaan. Selain itu adalah Pelatih AI peribadi, di mana ia menggunakan data Apple Watch untuk membantu memberi tips gaya hidup sihat.
Apple Health+ turut dikatakan akan menyertakan sekali video dari doktor sebenar yang menjelaskan mengenai tidur, diet, kesihatan mental dan pelbagai kandungan ilmu lain. Apple juga mungkin menyertakan ciri seakan Samsung Health, di mana pengguna boleh log makanan dengan fokus kepada penjejakan kesihatan atas makanan dan minuman.
Ini adalah satu ciri yang merisaukan kerana sehingga hari ini, betapa majunya teknologi AI - ia masih ada masalah berhalusinasi yang memberikan pengguna jawapan yang tidak tepat. Tiada masalah untuk bergantung kepada aplikasi atau jam tangan pintar untuk memantau kesihatan dan kecergasan diri. Pastikan anda tidak menggunakan nasihat AI yang besar kemungkinan adalah salah.