Samsung OLED Monitor 2025 Dengan Vision AI Kini Di Malaysia - People's Favourite?

Samsung OLED adalah skrin dengan teknologi terbaik dan digemari ramai. Walaupun sudah ada pesaing sengit, di pandangan orang ramai sebut sahaja Samsung dan sebut sahaja OLED pasti nama Samsung OLED akan menjadi perbualan. Samsung Malaysia Electronics telah pun mengumumkan ketibaan barisan monitor pintar 2025 terbaharu, diterajui oleh skrin OLED, iaitu M90SF.

Samsung OLED - Monitor dengan Vision AI
Promo monitor dengan Samsung OLED

Siri monitor ini direka untuk menggabungkan fungsi hiburan, produktiviti, dan ciri pintar dalam satu skrin yang elegan, membolehkan pengguna menonton, bermain, dan bekerja tanpa memerlukan PC, kotak TV, atau pembesar suara tambahan. Barisan produk generasi baharu ini menetapkan penanda aras baharu melalui penerapan ekosistem pintar Samsung Vision AI, yang menjadikan setiap interaksi lebih mudah dan peribadi.

Samsung OLED Monitor kini dengan Vision AI – Teras Kepintaran Baharu

Nadi kepada siri monitor Samsung OLED yang lebih pintar untuk tahun 2025 adalah ekosistem Samsung Vision AI. Ia bukan sekadar tentang kualiti visual, tetapi bagaimana monitor ini menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna secara automatik. Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah:

  • AI Picture Optimizer: Ciri ini secara bijak menganalisis kandungan yang sedang dipaparkan—sama ada filem, permainan video, atau dokumen kerja—dan melaraskan tahap kecerahan, kontras, dan ketajaman secara automatik untuk memberikan pengalaman tontonan yang terbaik.
  • AVA Pro/AVA Sound: Teknologi audio pintar ini memastikan dialog kedengaran jelas dengan mengurangkan bunyi bising di latar belakang. Ini amat berguna ketika menonton filem dengan babak yang senyap atau semasa mesyuarat video dalam persekitaran yang sibuk.

Selain itu, semua model monitor dengan Samsung OLED ini didatangkan dengan akses terbina kepada aplikasi penstriman popular seperti Netflix, YouTube, dan Disney+, di samping Samsung TV Plus. Integrasi dengan SmartThings juga membenarkan pengguna menguruskan peranti berhubung di rumah terus dari monitor.

Antara produk monitor Samsung OLED yang digemari ramai.

M90SF – Monitor Samsung OLED dengan Teknologi QD-OLED

Model utama yang menjadi tumpuan siri Samsung OLED monitor AI ini adalah M90SF, monitor pintar pertama Samsung yang menggunakan teknologi paparan QD-OLED. Ia disasarkan kepada pemain video, penstrim kandungan, dan golongan profesional yang bekerja dari jauh.

Spesifikasi utamanya termasuk:

  • Paparan 4K QD-OLED: Menawarkan kualiti gambar yang menakjubkan dengan warna hitam yang sebenar, kontras tanpa had, dan penghasilan warna yang sangat jitu.
  • Kadar Segar Semula 165Hz & Masa Respons 0.03ms: Gabungan ini penting untuk pemain video, memberikan visual yang sangat lancar, bebas kesan ghosting, dan kelebihan kompetitif dalam permainan pantas.
  • Kamera 4K Terbina: Memudahkan panggilan video berkualiti tinggi atau sesi penstriman tanpa memerlukan kamera web luaran.
  • Samsung OLED Safeguard+: Menyedari kebimbangan terhadap isu burn-in pada skrin OLED, Samsung menyertakan teknologi perlindungan skrin dan sistem penyejukan canggih ini untuk memastikan prestasi paparan yang tahan lama dan melindungi pelaburan pengguna.

Pelbagai Model Monitor dengan skrin Samsung OLED

Selain model utama M90SF, barisan 2025 ini turut merangkumi beberapa model lain untuk memenuhi keperluan dan bajet yang berbeza:

  • M80F: Pilihan versatil dengan resolusi 4K, kualiti audio AVA, dan didatangkan dengan kamera SlimFit yang boleh ditanggalkan, menjadikannya sesuai untuk panggilan video dan penciptaan kandungan.
  • M70F: Model yang memfokuskan kepada hiburan, menawarkan visual yang tajam dan akses kepada aplikasi Smart TV dalam rekaan yang bersih dan ringkas.
  • M50F: Pilihan paling mampu milik yang masih mengekalkan ciri pintar utama seperti akses kepada Microsoft 365 dan perkongsian skrin melalui AirPlay.

Sebeleum monitor, TV AI dengan Vision AI telah dilancarkan - Samsung AI TV 2025 Dengan Vision AI Kini di Malaysia Bersama Ganjaran Eksklusif

Barisan monitor Samsung OLED dengan Vision AI

Promosi Tempahan Awal – Jimat Sehingga RM700 untuk Monitor Samsung OLED

Bersempena dengan pelancaran ini, Samsung Malaysia menawarkan promosi penjimatan eksklusif bagi mereka yang ingin mendapatkan mana-mana monitor Samsung OLED. Pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM700 dengan memanfaatkan dua tawaran berikut:

  1. Baucar Pendaftaran Minat (1 – 14 Jun 2025): Pelanggan yang mendaftar minat secara dalam talian akan menerima baucar bernilai RM200.
  2. Baucar Samsung Reservation+ (SR+): Dengan membeli baucar SR+ bernilai RM100, pelanggan boleh mendapat diskaun tambahan sehingga RM500, bergantung pada model yang dipilih.

Kedua-dua baucar ini boleh digabungkan semasa tempoh pra-tempahan dari 15 hingga 30 Jun 2025. Nilai baucar SR+ untuk setiap model monitor Samsung OLED adalah seperti berikut:

Model PromosiNilai Baucar SR+
LS32FM902SEXXS (M90SF)RM500
LS32FM803UEXXS (M80F)RM300
LS43FM702UEXXS (M70F)RM300
LS32FM701UEXXS (M70F)RM200
LS32FM700UEXXS (M70F)RM200
Nilai baucar jika membeli monitor Samsung OLED dengan SR+

Untuk mendaftar minat atau membeli baucar SR+, pelanggan boleh melayari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram