Infinix Smart 10 dan Smart 10 Plus Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Bermula RM299

Infinix Smart 10 dan Smart 10 Plus telah dilancarkan secara rasmi oleh Infinix Malaysia dengan slogan "Joyful AI for Everyday Life".

Jenama teknologi yang popular dalam kalangan pengguna muda ini secara rasmi melancarkan siri telefon pintar mampu milik baharu sebagai pakej lengkap yang menggabungkan ciri pintar berasaskan Kecerdasan Buatan (AI), pengalaman pengguna yang lancar, dan ketahanan bateri jangka masa panjang.

Siri Infinix Smart 10 semuanya dijual pada harga permulaan yang sangat kompetitif iaitu RM299.

Infinix Smart 10

Salah satu kebimbangan pengguna dalam pembelian telefon pintar kelas permulaan adalah prestasi peranti yang merosot selepas digunakan untuk tempoh yang singkat. Infinix cuba mengatasi masalah ini dengan memastikan kedua-dua model di bawah siri Infinix Smart 10 menggunakan cip Unisoc T7250.

Apa yang lebih penting, kedua-dua peranti ini telah menerima pensijilan kelancaran 48-bulan daripada TÜV untuk kekal lancar dan responsif sehingga sehingga empat tahun penggunaan. Ini akan memberikan ketenangan kepada pengguna dan memberi tambahan nilai terbaik.

Infinix turut membawakan ciri perisian pintar yang biasanya ditemui pada peranti lebih mahal. Ciri utama adalah pembantu maya Infinix AI "Folax", yang tersedia pada kedua-dua model.

Folax boleh membantu pengguna melaksanakan tugasan harian seperti mengarang mesej, meringkaskan teks, mendapatkan jawapan pantas, atau menetapkan peringatan melalui arahan suara. Menurut Infinix, ini adalah usaha untuk membawakan "kemudahan bertaraf mercu" kepada segmen mampu milik.

Turut melengkapkan pengalaman perisian adalah Dynamic Bar, sebuah ciri antaramuka yang memaparkan notifikasi penting dan status masa nyata secara bersepadu pada bahagian atas skrin. Ia direka untuk memudahkan multitasking dan memastikan maklumat penting sentiasa boleh diakses dengan pantas.

Infinix SMART 10 Plus

Sebagai model utama dalam siri ini, Infinix Smart 10 Plus direka khusus untuk pengguna yang memerlukan lebih kuasa dan ketahanan.

Ia dilengkapi bateri gergasi 6000mAh yang menjanjikan kuasa sepanjang hari untuk pelbagai aktiviti seperti penstriman, melayari media sosial, atau tugasan produktiviti di luar. Apabila bateri perlu dicas semula, sokongan pengecasan pantas 18W membantu mengurangkan masa menunggu.

Untuk memastikan prestasi yang lancar, model ini menawarkan RAM sehingga 16GB (termasuk Extended RAM) dan storan dalaman 128GB. Jika storan tersebut masih tidak mencukupi, pengguna mempunyai pilihan untuk menambah kad memori luaran sehingga 2TB, memberikan kapasiti yang amat luas untuk aplikasi dan media.

Siri Infinix Smart 10 - Rasmi MY Harga

Selain itu, Infinix menawarkan varian dengan sokongan NFC, memberikan fleksibiliti kepada pengguna yang bergantung pada fungsi pembayaran tanpa tunai.

Paparan dan Audio Imersif Untuk Semua Infinix Smart 10

Kedua-dua Infinix Smart 10 dan Smart 10 Plus dilengkapi dengan skrin 120Hz yang sangat lancar, memberikan pengalaman visual yang lebih responsif dan memuaskan. Dengan kecerahan puncak sehingga 700 nits, skrin peranti ini kekal jelas dan terang walaupun di bawah cahaya matahari yang terik.

Dari segi audio, Infinix membawakan ciri dwi-pembesar suara dengan teknologi 300% Ultra Volume. Ciri ini memastikan bunyi yang dihasilkan adalah kuat dan jelas, amat berguna apabila berada dalam persekitaran yang bising atau ketika berkongsi kandungan media tanpa menggunakan fon telinga.

Spesifikasi & Harga - Siri Infinix Smart 10

Siri Infinix Smart 10 sudah mula dijual di Malaysia bermula 10 Jun 2025, melalui pengedar sah Infinix dan kedai rasmi jenama di TikTok Shop.

SpesifikasiInfinix Smart 10 PlusInfinix Smart 10
Cip PemprosesanUnisoc T7250Unisoc T7250
PaparanSkrin 6.6", 120HzSkrin 6.6", 120Hz, Rekaan Punch-Hole
Kecerahan Paparan700 nits700 nits
Bateri6000mAh-
Pengecasan18W Pengecasan Pantas-
RAM4GB atau 8GB (Sehingga 16GB Extended RAM)3GB (Sehingga 6GB Extended RAM)
Storan Dalaman128GB64GB
Storan LuaranMenyokong sehingga 2TB-
AudioDwi-pembesar suara, 300% Ultra VolumeDwi-pembesar suara, 300% Ultra Volume
Ciri TambahanPilihan NFC tersediaTiada NFC
  • Infinix SMART 10 (3GB + 64GB): RM299
  • Infinix SMART 10 Plus (4GB + 128GB): RM349
  • Infinix SMART 10 Plus (8GB + 128GB, dengan NFC): RM399

Baca - Infinix GT VERSE Adalah Ekosistem Untuk Telefon Dan Tablet Infinix

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram