Seperti yang kita tahu, Google sentiasa sibuk menyediakan kemas kini baharu untuk Android. Walaupun Android 16 yang stabil build belum tiba untuk kesemua peranti, kemas kini besar Android 16 Beta QPR1 sudah mula boleh dicuba dalam versi beta. Paling menarik, ia membawakan rekaan semula antaramuka yang lebih ekspresif, iaitu Material 3 Expressive. Jadi, bagi anda yang tak sabar nak merasai sendiri, hari ini saya ingin tunjuk anda cara pemasangan Android 16 QPR1 Beta pada peranti Google Pixel yang disokong.
Jika anda perasan, Android 16 sebelum ini agak "malap" dengan perubahan yang minimal. Tapi kali ini, Google benar-benar bekerja keras sdengan memperkenalkan Material 3 Expressive - iterasi ketiga selepas Material Design dan Material You. Anda akan melihat perubahan besar pada skrin kunci (lockscreen), panel Quick Settings, dan secara keseluruhan, rekaan baharu ini akan menyelubungi keseluruhan sistem operasi memberi pemgalaman penggunaan lebih segar.
Kemaskini Android 16 QPR1 terkini adalah Beta 2, yang dilancarkan pada 10 Jun. Sementara versi stabil turut telah tiba khusus untuk peranti Pixel. Cuma, mereka yang menggunakan QPR1 Beta 2 akan dapat menikmati lebih banyak ciri dan fungsi yang menarik.
Buat masa ini, semua peranti Google Pixel yang menggunakan cip Tensor disokong untuk Android 16. Senarai peranti yang compatible termasuklah:
Nota: Peranti lama seperti Pixel/XL, Pixel 2/XL, Pixel 3/XL, Pixel 3a/XL, Pixel 4/XL, Pixel 4a, Pixel 4a 5G, Pixel 5, atau Pixel 5a tidak akan disokong untuk kemaskini ini.
Ini adalah cara paling mudah dan paling disyorkan bagi kebanyakan pengguna.
Settings > System > System update
).Penting: Ketika artikel ini ditulis, Android 16 QPR1 Beta 2 sudah tersedia melalui Android Beta Program, tetapi fail OTA untuk sideloading (pasang sisi/muat sisi) masih belum tersedia secara rasmi. Namun, saya akan sertakan juga cara muat sisi sekiranya anda lebih suka kaedah tersebut.
Ini adalah kaedah yang lebih pantas, tetapi memerlukan sedikit persediaan teknikal.
PENTING SANGAT: Walaupun Android versi beta biasanya selamat, adalah lebih baik untuk anda unlock bootloader atau sekurang-kurangnya, aktifkan OEM Unlock dalam Developer Settings SEBELUM anda memasang fail OTA. Ini untuk mengelakkan masalah jika ada apa-apa berlaku di kemudian hari.
Untuk bermula, anda perlu muat turun fail yang diperlukan. Ada dua pilihan:
Seterusnya, anda perlu masukkan peranti Pixel anda ke dalam Recovery mode.
Power off
).volume
untuk skrol ke bawah ke Recovery mode
.power
untuk memilihnya.Power
dan butang Volume Up
selama kira-kira satu saat untuk masuk sepenuhnya ke Recovery mode. Lepaskan butang Volume Up
akan membawa anda ke Recovery.Dalam Recovery mode:
volume
untuk skrol ke bawah ke Apply update from ADB
.power
. Anda akan melihat skrin yang hampir kosong dengan arahan di bahagian bawah mengenai cara sideload OTA.Langkah ini penting. Anda perlu pastikan ADB dan Fastboot tools sedia ada di komputer anda.
cmd.exe
(untuk Windows) atau Terminal
(untuk macOS/Linux) dalam folder yang sama dengan fail OTA yang dimuat turun tadi. Ini akan memudahkan proses.Pastikan Command Prompt
(Windows) atau Terminal
(macOS/Linux) anda berada dalam folder ADB tools.
adb sideload
./adb sideload
Selepas itu, masukkan nama fail .zip
yang anda muat turun dari Google (contoh: ota_file_name.zip
) dan tekan Enter
untuk memulakan proses.
Jika semuanya berjalan lancar, anda akan melihat dialog pada komputer dan peranti anda yang menunjukkan proses muat sisi dan pemasangan.
Setelah pemasangan OTA selesai, anda akan kembali ke Recovery Mode. Langkah terakhir adalah memilih pilihan Reboot now
dengan butang power
.
Dan tahniah! Peranti Google Pixel anda kini menjalankan Android 16 QPR1 Beta dengan rekaan Material 3 Expressive yang serba baharu.
Selamat mencuba dan jangan lupa beritahu saya apa pendapat anda tentang kemas kini ini di ruangan komen di bawah!
Baca - Status Kesihatan Bateri Tepat Pixel Terhad Untuk Android 16 Dan Pixel 8a Ke Atas