Hollyland Lark Max 2 dan Lark A1 iaitu dua mikrofon nirwayar baharu di Malaysia, kini rasmi. Sekali lagi ia dibawakan oleh Hollyland Malaysia dan juga Pixels Distribution. Peranti ini direka untuk memenuhi keperluan pencipta kandungan dan penggunaaan untuk audio profesional.
Untuk Vlogger dan Pencipta Kandungan, Lark A1 disasarkan kepada vlogger, streamer, dan pencipta kandungan. Mikrofon ini menawarkan kualiti audio high-fidelity 24-bit dengan tahap tekanan bunyi 120dB. Ia juga dilengkapi dengan tiga tahap pembatalan hingar, perlindungan klip had auto, serta EQ boleh laras dan kesan reverb.
Setiap pemancar Lark A1 mempunyai julat sehingga 200m dan boleh beroperasi antara 6.5 hingga 9 jam, bergantung kepada penggunaan fungsi pembatalan hingar. Sarung pengecasnya menyediakan dua cas penuh, membolehkan penggunaan sehingga 54 jam secara keseluruhan.
Harga jualan untuk Hollyland Lark A1 bermula dari RM169, manakala set kombo ditawarkan pada harga RM319.
Untuk Profesional Audio, Bagi golongan profesional, Hollyland memperkenalkan Lark Max 2. Mikrofon ini menyertakan pemantauan wayarles kependaman rendah, rakaman 32-bit float, dan sokongan timecode.
Ia juga menampilkan pembatalan hingar berkuasa AI yang dikatakan mampu menghilangkan bunyi latar belakang dengan berkesan untuk menghasilkan audio yang jelas dalam pelbagai persekitaran.
Hollyland mendakwa mikrofon Lark Max 2 mempunyai julat penghantaran sehingga 340m dan boleh beroperasi sekitar 11 jam. Dengan sarung pengecasnya, jumlah hayat bateri boleh mencapai 36 jam. Pemancar ini juga boleh dilekatkan pada pakaian menggunakan mekanisme klip hover.
Hollyland Lark Max 2 Combo dijual pada harga RM1,299.
Ciri Utama | Hollyland Lark A1 | Hollyland Lark Max 2 |
---|---|---|
Sasaran Pengguna | Vlogger, Streamer, Pencipta Kandungan | Profesional Audio |
Kualiti Audio | 24-bit High-Fidelity | 32-bit Float Recording |
SPL | 120dB | Tidak dinyatakan |
Pembatalan Hingar | 3 Tahap, Auto-Limit Clip Protection, EQ/Reverb | AI-Powered Noise Cancellation |
Julat Penghantaran | 200m | 340m |
Hayat Bateri (TX) | 6.5-9 jam | 11 jam |
Hayat Bateri (dengan Cas) | Sehingga 54 jam | Sehingga 36 jam |
Ciri Tambahan | - | Low-latency Wireless Monitoring, Timecode Support |
Mekanisme Lekapan | Tidak dinyatakan | Hover-clip mechanism |
Harga (Malaysia) | Bermula RM169 (Kombo RM319) | Kombo RM1,299 |
Hollyland Lark Max 2 dan Lark A1 boleh menjadi sebahagian dalam aksesori wajib untuk pencipta kandungan baru nak mula serta yang profesional - Baca sini.