Samsung AI TV 2025 Dengan Vision AI Kini di Malaysia Bersama Ganjaran Eksklusif

Samsung AI TV 2025 dengan Vision AI kini di Malaysia secara rasmi. Setiap produk sedia dijual sejak pada 3 Jun 2025 lepas. Kali ini ia bukan sekadar TV biasa, tetapi sebuah ekosistem pintar yang dikuasakan oleh teknologi canggih AI, direka untuk mengubah cara kita berinteraksi dengan peranti di rumah. Selepas mendapat sambutan hangat semasa pra-tempahan, kini rangkaian penuh TV pintar ini boleh didapati di semua pengedar sah dan Samsung Online Store.

Apa Itu Samsung Vision AI?

Teknologi Vision AI pada siri TV 2025 ini merupakan satu lonjakan signifikan dalam teknologi hiburan di rumah. Ia menggabungkan machine learning dengan computer vision untuk mencipta pengalaman menonton yang lebih intuitif secara semula jadi. Sistem ini mampu mengenali babak, wajah, objek, dan teks dalam masa nyata. Berdasarkan input ini, ia secara pintar akan melaraskan kontras, kecerahan, ketajaman gambar, dan kualiti bunyi mengikut siapa yang menonton, apa yang sedang dimainkan, dan juga keadaan persekitaran TV anda.

Antara ciri menarik yang patut diberi perhatian:

  • Adaptive Picture Pro: Amat berguna untuk keadaan pencahayaan dinamik di Malaysia, ia secara automatik akan menyesuaikan visual apabila cahaya semula jadi berubah sepanjang hari. Tiada lagi isu silau atau gambar kurang jelas!
  • Glare Free Technology: Teknologi ini meminimumkan pantulan dan gangguan pada skrin, memastikan tontonan yang jelas dan selesa tidak kira pencahayaan bilik.
  • EyeComfort Mode: Untuk sesi menonton lewat malam, mod ini secara automatik mengurangkan pancaran cahaya biru, memberikan keselesaan kepada mata sebelum tidur. Sesuai untuk marathon siri K-drama kegemaran!
  • Smart Hub Diperibadikan: Setiap ahli keluarga boleh mendapatkan cadangan kandungan dan tetapan privasi mereka sendiri, menjadikan pengalaman lebih peribadi.

Reka Bentuk Menawan, Sesuai Gaya Hidup Malaysia

Barisan TV AI 2025 ini tampil dengan reka bentuk ultra-slim dan saiz yang fleksibel, membolehkannya melengkapi mana-mana ruang kediaman di Malaysia, sama ada apartment kompak di Kuala Lumpur atau rumah keluarga yang luas. Anda boleh memilih daripada:

  • Neo QLED 8K (Q990F/Q900F): Menawarkan kejelasan gambar yang terperinci sehingga anda terasa seperti melangkah masuk ke dalam skrin.
  • Model OLED (S95F/S90F/S85F): Menyajikan warna yang menyerlah dengan keamatan seakan hidup
  • The Frame Pro: Bagi mereka yang menghargai estetika, TV ini berfungsi sebagai karya seni dinding yang menakjubkan apabila tidak digunakan.

Untuk pengalaman audio sinematik, padankan TV anda dengan soundbar Q-Series Samsung yang menampilkan teknologi Q-Symphony, menghasilkan bunyi surround yang disegerakkan dengan audio TV anda.

Promosi Dengan Hadiah Bernilai Sehingga RM5,017!

Sempena pelancaran ini, Samsung Malaysia menawarkan hadiah eksklusif bernilai sehingga RM5,017 dengan pembelian model terpilih dari 2 hingga 30 Jun 2025. Ini bukan sekadar tambahan biasa, tetapi ganjaran yang meningkatkan pengalaman Vision AI anda:

  • Galaxy Tab (bernilai sehingga RM4,299): Memperkaya ekosistem anda untuk produktiviti, permainan, atau mengawal peranti pintar.
  • Slim Fit Wall Mount (bernilai RM499): Untuk pemasangan yang kemas dan memaksimumkan ruang.
  • Langganan Art Store 1 Tahun (bernilai RM219): Akses kepada lebih 2,000 karya seni untuk The Frame, Neo QLED, dan QLED.
  • Customizable Bezels (bernilai sehingga RM899): Untuk The Frame, membolehkan anda menukar gaya mengikut citarasa.

Ini adalah masa terbaik untuk mentransformasikan pengalaman hiburan di rumah anda dengan TV AI Samsung 2025 yang bukan sahaja menawarkan teknologi terunggul, tetapi juga nilai gaya hidup, reka bentuk elegan, dan pengalaman intuitif.

Untuk membuat pembelian atau mendapatkan maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samsung Malaysia di https://samsung.com/my/tvs/launch/.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram