Zeekr secara rasmi mengumumkan ketibaan model SUV elektrik premium mereka ke pasaran tempatan dengan pelancaran Zeekr 7X. Kenderaan elektrik (EV) ini bukan sahaja hadir dengan rekaan bergaya dan moden, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih yang mampu menggugat pasaran EV sedia ada di Malaysia.
Salah satu kelebihan utama Zeekr 7X ialah sistem pengecasan berkuasa tinggi 800V yang menyokong pengecasan ultra-pantas. Ini bermakna, pemilik EV ini dapat menikmati masa pengecasan yang jauh lebih singkat, sekaligus menjadikan pengalaman memiliki EV lebih praktikal dan sesuai untuk mereka yang sentiasa dalam pergerakan.
Setakat ini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai spesifikasi penuh Zeekr 7X di pasaran tempatan — sama ada ia menyamai spesifikasi versi yang dilancarkan di China atau terdapat sedikit perubahan mengikut keperluan pasaran Malaysia.
Zeekr 7X dikatakan mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 3.8 saat, suatu angka yang sangat mengagumkan untuk sebuah SUV. Keupayaan ini mengatasi banyak model EV lain di pasaran. Lebih menarik, prestasi luar biasa ini hadir dalam bentuk SUV yang mampu memuatkan sehingga 5 penumpang. Ini menjadikan Zeekr 7X sebagai pilihan ideal bagi pengguna yang inginkan gabungan kuasa dan praktikaliti dalam satu kenderaan.
Zeekr 7X ditawarkan dalam tiga varian utama yang disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan pengguna:
Harga-harga di atas adalah eksklusif untuk 500 pembeli pertama sahaja, menjadikan tawaran ini amat menarik dalam segmen EV premium di Malaysia.
Zeekr nampaknya bersedia untuk bersaing dengan jenama EV mewah lain dengan penawaran teknologi tinggi dan rekaan yang premium. Mampukah Zeekr 7X menggugat dominasi SUV elektrik lain di Malaysia? Sama-sama kita nantikan.
Sumber - Amanz