Dalam satu pendedahan yang diketuai oleh Chief Product Officer, Eunice Kim dan Chief Technology Officer, Elizabeth Stone, Netflix memperkenalkan pengalaman TV baharu yang lebih mudah, intuitif, dan mesra pengguna. Kim menyatakan bahawa, “Pengalaman TV Netflix yang baharu ini masih mengekalkan ciri yang anda kenal dan suka — cuma kini ia lebih baik.”
Dalam sesi tersebut, Stone turut menekankan pelbagai inovasi teknologi yang telah dibangunkan oleh Netflix selama ini. Antara teknologi tersebut ialah:
Stone menyatakan, “Salah satu sebab saya menyertai Netflix (dan kekal di sini) adalah kerana syarikat ini mempunyai kemampuan unik untuk menggabungkan teknologi hebat dengan hiburan luar biasa. Itu adalah ‘superpower’ kami.”
Dalam beberapa minggu dan bulan akan datang, pengguna Netflix di seluruh dunia akan dapat merasai sendiri pengalaman baharu ini. Menurut Kim, “Ketika kami mula memikirkan projek ini, kami mahu mencipta pengalaman yang lebih fleksibel dengan penawaran hiburan yang luas, lebih intuitif dan responsif kepada keperluan pengguna, serta mampu menonjolkan detik-detik paling mendebarkan di Netflix.”
Stone menutup sesi tersebut dengan penuh keyakinan, “Apa yang paling menarik bagi saya adalah bagaimana pengalaman TV baharu ini memberikan kami keupayaan untuk terus berkembang dan berinovasi dengan lebih mudah. Inilah cara kami akan menjadikan Netflix yang anda kenal lebih baik, dan bagaimana kami akan terus menghubungkan anda dengan lebih banyak rancangan, filem, dan permainan yang anda suka.”
Netflix nampaknya sedang melangkah ke fasa seterusnya dalam pengalaman pengguna — lebih mudah, lebih pintar, dan lebih menyeronokkan. Menarik untuk lihat bagaimana perubahan ini akan memberi impak kepada cara kita menikmati kandungan di masa hadapan.