Adakah Ini Rekaan iPhone 17 Yang Anda Mahukan?

Rekaan baharu yang tidak malu mengikut rekaan peranti Android ini diperlihatkan dengan lebih jelas. Reka bentuk yang dijangka akan menjadi formula rekaan Apple tahun ini.‎

Model iPhone 17 Pro dan Pro Max dilihat masih mengekalkan sistem tri-kamera, namun kini hadir dalam bonggol kamera yang sangat gergasi dan menutupi hampir separuh peranti.‎

Bonggol tersebut dikatakan diperbuat daripada kaca, memberikan rupa seakan telefon Google Pixel.‎ ‎Sementara itu, iPhone 17 Air akan diperkenalkan sebagai model paling nipis dalam variasi kali ini. Pesaing OnePlus 13T?‎

Kesemua varians dijangka diperkenalkan sekitar pertengahan September 2025, dan bakal hadir dengan iOS 19 yang menampilkan integrasi kecerdasan buatan (AI) untuk Siri satu ciri yang dijanjikan sejak tahun lepas.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram