OnePlus 13T Kini Rasmi di China – Flagship Kompak Untuk Semua?

Selepas tertiris sejak tahun lepas, OnePlus 13T akhirnya dilancarkan di China sebagai peranti mercu kompak premium baharu. Ia dikatakan ingin bersaing dengan Xiaomi 15, vivo X200 Mini dan akan datang Samsung Galaxy S25 Edge.

oneplus 13t

OnePlus 13T hadir dengan skrin OLED 6.32-inci dengan kadar segar semula 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Elite. Ia turut dilengkapi memori sehingga 16GB RAM dan storan UFS 4.0 sehingga 1TB. Reka bentuk peranti ini menggunakan panel rata dengan binaan premium, lengkap dengan penarafan kalis air IP65. Untuk fotografi, OnePlus 13T menampilkan sistem dwi-kamera belakang 50MP (utama + telefoto 2x), manakala kamera hadapan pula menggunakan sensor 16MP. Ciri tambahan berasaskan AI juga disertakan bagi meningkatkan hasil gambar dan pengalaman penggunaan.

Walaupun tiada sokongan pengecasan nirwayar, OnePlus masih mengekalkan pengecasan pantas SuperVOOC 80W. Satu lagi perubahan ketara ialah ketiadaan “Alert Slider”, yang kini digantikan dengan Shortcut Key boleh ubah. Bateri 6,260mAh yang digunakan turut menarik perhatian, memanfaatkan teknologi silikon-karbon terkini untuk kapasiti lebih besar dalam saiz yang lebih kompak. Panel skrin juga menggunakan teknologi BOE, sekali gus meminimumkan isu paparan seperti ‘green screen’.

Buat masa ini, OnePlus 13T hanya ditawarkan untuk pasaran China. Tiada maklumat lanjut berkenaan pelancaran global termasuk di Malaysia.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram