Midea Hadir Dengan Penyaman Udara AI Pintar Untuk Penyejukan Pantas

Midea, jenama No.1 dunia dalam kategori penyaman udara inverter kediaman, kini hadir dengan barisan penyaman udara baharu yang lebih canggih. Menampilkan teknologi penjimatan tenaga berasaskan AI, sistem penyejukan pantas COOLFLASH, serta perlindungan anti-karat bertaraf industri untuk iklim tropika.

Empat Siri Model baharu yang diperkenalkan iaitu Avigator, Numen, Celest, dan Glory Pro, masing-masing direka untuk menawarkan prestasi tinggi dengan kawalan pintar dan kecekapan tenaga yang lebih baik.

Antara ciri menarik yang diketengahkan

  • AI ECOMASTER: Sistem berasaskan AI, prestasi terbaik dalam industri yang memanfaatkan analisis data berskala besar untuk penggunaan tenaga yang optimum dan keselesaan maksimum.
  • COOLFLASH: Penyejukan Pantas 6°C dalam 10 minit, aliran udara sejuk sejauh 9.2 meter.
  • Air Magic: Revolusi teknologi yang direka untuk memastikan kualiti udara dalaman yang lebih bersih dan sihat setiap hari.
  • Hyper Grapfins: Sirip kondenser berasaskan grafena gred aeroangkasa, menawarkan rintangan kakisan 12.5 kali ganda lebih tinggi.

Rekaan unit juga kini tampil lebih moden dan minimalis, dengan integrasi aplikasi pintar untuk pemantauan dan kawalan dari jauh. Kesemua ciri ini menjadikan siri baharu Midea ini sebagai penyaman udara yang ideal untuk rumah moden di Malaysia khususnya untuk pengguna yang mementingkan prestasi, penjimatan dan keselesaan dalam satu sistem.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram