Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Telefon Pintar Anda Rosak? FixBay Sedia Membantu

Alamak, apa nak buat ni? Speaker pecah, layar skrin retak, bateri pun panas! Aduh, takkan nak beli telefon baru pula!

Jangan runsing, FixBay sedia membantu anda. Nyatakan saja masalah alat peranti anda kepada technician kami, segera kami baik pulih alat peranti anda dengan penuh profesional dan cermat. Paling penting, perkhidmatan yang kami sediakan sangat berbaloi dengan hasil yang anda akan dapat.

Dulunya dikenali dengan Xpert Gadget, FixBay merupakan pakar dalam membaik pulih alat-alat peranti termasuklah telefon pintar. Pengalaman 10 tahun dalam bidang ini menyakinkan FixBay untuk mengembangkan perkhidmatannya membaik pulih kepada niche lain seperti rumah, kenderaan dan sebagainya dalam masa terdekat.

Perkhidmatan Membaiki Telefon Secara Berdepan

Untuk pengguna alat peranti yang berhadapan dengan masalah bateri kong, speaker pecah, layar skrin retak dan sebagainya, anda boleh mengunjungi cawangan FixBay yang berdekatan dengan anda. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya alat peranti anda tidak dipulangkan semula, hilang atau lain-lain masalah yang membimbangkan.

Anda boleh lihat dengan mata anda sendiri bagaimana technician kami mengendalikan masalah dan baik pulih alat peranti anda.

FixBay kini mempunyai 8 buah cawangan di seluruh Malaysia, dan bakal membuka 3 buah cawangan baru dalam masa terdekat. Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan masalah alat peranti sama ada teruk atau hanya picisan sahaja, anda tidak perlu lagi khuatir. Segera bawa alat peranti anda ke FixBay untuk dibaiki! Perkhidmatan yang pantas dan profesional kami sediakan untuk semua pengguna!

Konsultasi Yang Teliti Dan Terperinci

Sebelum technician di FixBay melanjutkan proses baik pulih alat peranti anda, kami akan menerangkan dengan secara terperinci setiap proses yang bakal dilalui. Dalam pada masa yang sama, setiap sudut masalah dan solusi alat peranti anda akan kami terangkan sebelum memulakan proses baik pulih.

Tiada kerugian dan kecuaian yang kami jamin tidak akan terjadi kerana pengalaman 10 tahun dalam bidang baik pulih telefon menjadikan kami salah seorang profesional dalam mengendalikan alat peranti anda. Anda cuma perlukan nyatakan sahaja masalah pada alat peranti anda dan kami akan kendalikan solusinya. Impressive, bukan?

Harga Yang Berbaloi

“Bagaimana pula dengan harga? Saya merupakan seorang pelajar. Ada diskaun tak?”

Sebut harga akan kami maklumkan kepada pelanggan setelah mendapat persetujuan untuk meneruskan proses baik pulih. Diskaun dan tawaran untuk pelajar juga kami sediakan di FixBay. Anda boleh rujuk kepada khidmat pelanggan kami untuk pertanyaan selanjutnya tentang diskaun untuk pelajar. Semestinya kami menyediakan tawaran menarik untuk para pelajar!

Harga yang kami tetapkan adalah bertepatan dengan masalah yang dihadapi pada alat peranti anda. Kami tidak mengambil sebarang extra cas selain yang akan dinyatakan pada sebutharga anda. Jadi, anda tidak perlu khuatir sekiranya kos baik pulih tersebut melebihi bajet anda. Kami menerima sebarang rundingan untuk kepuasan hati dan kepercayaan pelanggan. Anda senang hati, kami lebih berbesar hati!

Perlu Ke Saya Tinggalkan Telefon Saya?

Soalan ini acapkali ditanyakan oleh pelanggan kami. Untuk pengetahuan anda, bagi situasi ini, hanya kes-kes tertentu sahaja kami memerlukan pelanggan untuk meninggalkan telefon mereka di bengkel kami. Sebagai contoh, sekiranya alat ganti peranti kehabisan stok dan memerlukan masa untuk stok baru dan sebagainya. 

Anda tidak perlu risau akan keselamatan alat peranti anda. Kami akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga alat peranti anda selagi berada di dalam pengawasan kami. Sebarang kecuaian dan kejadian tidak diinginkan akan kami tangani secekap yang mungkin untuk memastikan kepercayaan dan kepuasan pelanggan.

Nak Lebih Pantas?

Dah sampai di kedai, alamak, waktu rehat pula! Ha, dah jadi satu masalah, bukan?

Jadi, untuk elakkan situasi berikut, anda boleh hubungi cawangan kami yang terdekat untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum anda datang dengan alat peranti anda. Dapatkan nombor di laman sesawang FixBay dan buat carian cawangan berdekatan anda.

Untuk memudahkan pelanggan dan juga technician kami, anda boleh terus nyatakan masalah alat peranti anda semasa menghubungi kami di FixBay. Lebih mudah untuk anda drop peranti anda di cawangan kami dan mudah untuk kami hubungi sekiranya peranti anda siap untuk di ambil.

Jom segera ke FixBay berdekatan anda! Kepuasan hati anda adalah tanggungjawab kami. Bawa alat peranti anda untuk dibaiki oleh juruteknik kami yang handal di FixBay. Ikuti media sosial FixBay dan hubungi kami segera!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)