Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

3 Tips Lindungi iPhone Dari Penggodam

Kecanggihan teknologi yang sepatutnya memberi manfaat sebaliknya disalahgunakan oleh sebahagian dari pengguna yang berkemahiran. Mereka menceroboh dan menggodam data peribadi pengguna lain dengan hanya melalui alat peranti sahaja. 

Masih ingatkah anda penulisan sebelum ini yang mendedahkan dua laporan yang berkaitan dengan keselamatan iPhone dimana ada penggodam yang menceroboh data peribadi pengguna? Untuk elakkan perkara tersebut terjadi, jom cuba 3 tips ini!

Tips 1: Kemaskini Sistem Operasi iOS

Pengguna produk Apple seperti iPhone, iPad dan Mac amat dinasihatkan untuk mengemaskini sistem operasi peranti mereka dengan kemaskini versi terkini untuk memastikan pepijat dibuang dan kelemahan sistem tidak dieksploitasi oleh penggodam.

Sebagai contoh, tindakan ini mampu menyekat akses perisian intip (spyware) Pegasus di iMessage. Washington Post pernah melaporkan bahawa perisian ini dilesenkan oleh syarikat Israel kepada kerajaannya telah menceroboh kerentanan yang terdapat di iMessage salah seorang aktivis Arab Saudi. Apple telah sedia maklum tentang pencerobohan ini dan mengingatkan penggunanya untuk sentiasa mengemaskini iOS mereka.

Tips 2: Jangan Muat Turun Perisian dan Aplikasi Sembarangan

Pastikan anda hanya memuat turun aplikasi dari laman yang sah sahaja. Untuk pengguna iPhone, anda boleh muat turun aplikasi melalui Apple Store. Walau bagaimanapun, terdapat aplikasi yang palsu di dalam Apple Store. Jadi, pastikan anda semak rekaan ikon, nama aplikasi dan pembangun, jumlah angka muat turun dan review yang ditinggalkan oleh pengguna sebelum memuat turun aplikasi.

Tips 3: Aktifkan Teknologi Biometrik

Aktifkan kod laluan untuk penggunaan Face ID (pengecaman wajah) dan Touch ID (pengecaman cap jari pada butang utama) pada iPhone anda. Penggunaan kod laluan, Touch ID dan Face ID ini akan menyukarkan penggodam untuk menceroboh iPhone anda.

Jika rasa iPhone anda telah digodam atau virus telah menakluki keseluruhan sistem, bawa ke Fixbay untuk disemak sebelum proses baik pulih dilakukan. Pakar kami di Fixbay gerenti boleh selesaikan masalah iPhone anda!

Sebelum itu, jangan lupa aplikasikan 3 tips ini, ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)