Motherboard atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai papan induk adalah komponen utama yang mengawal serta menjadikan fungsi sesebuah telefon. Ini adalah satu komponen paling penting dalam semua peranti elektronik. Ia akan mengarahkan semua komponen untuk melakukan semua kerja yang ada. Diatas papan induk terdapat banyak komponen-komponen yang penting. Sekiranya papan induk berlaku sebarang gangguan atau kerosakan, ia akan mengganggu kerja yang dilakukan oleh papan induk tersebut.
Rupa Dan Bentuk Motherboard Dalam Telefon Bimbit Anda
Rupa dan bentuk Motherboard di dalam telefon dari segi saiz dan butiran adalah berbeza mengikut jenis peranti dan juga sistem. Sebagai contoh kebanyakan telefon bimbit biasanya mempunyai papan induk yang nipis tetapi padat untuk memudahkan pemasangan serta penting untuk sambungan tertentu kerana saiznya yang sememangnya direka khas supaya muat untuk diletakkan didalam telefon bimbit.
Fungsi Penting Motherboard Terhadap Telefon Yang Digunakan
Motherboard adalah sebuah papan litar bercetak 'printed circuit board' (PCB) dan ia adalah tulang belakang bagi sebuah peranti seperti telefon. Dalam pada itu, ia mempunyai fungsi penting dimana papan induk ini menyediakan sambungan elektrik yang dipanggil bas supaya semua komponen luaran dan peranti pada papan induk boleh berkait. Manakala, di atas motherboard mempunyai komponen yang penting seperti Port USB, Port RAM, Slot PCI dan CPU. Jadinya, papan induk dapat mengawal semua sistem yang berhubung dengannya. Contohnya seperti menetapkan BIOS yang bermaksud Basic Input Output Device. Selain itu, Motherboard berfungsi sebagai penyambung peranti luaran iaitu pencetak, pengimbas dan lain-lain.
Punca Kerosakan Dalam Peranti Dan Sebab Kerosakan Berlaku
Penggunaan telefon dengan cara mengecas terlalu lama dapat menyebabkan kerosakan kepada motherboard kerana aliran elektrik yang berlebihan menyumbang kepada masalah telefon panas atau 'overheat' kerana papan induk tidak dapat menyesuaikan dengan jumlah pengisian bateri yang sepatutnya.
Tambahan pula, terdapat beberapa faktor lain seperti berlakunya jatuh atau hentakan yang kuat juga dapat menjadikan papan induk rosak kerana gegaran mungkin mengakibatkan kedudukan sambungan dalam papan induk tidak selari atau berubah dari tetapan asal. Kadangkala jatuh buat kali pertama mungkin tidak memberi kesan yang serius, tetapi jika kerap jatuh boleh menyebabkan kedudukan sambungan berubah dan fungsi telefon akan terganggu.
Di samping itu, terdapat juga kesan kerosakan berpunca daripada penyalahgunaan khidmat membaiki peranti secara sendiri tanpa menggunakan bantuan pakar atau tukang baiki yang mahir seperti merujuk video di laman Youtube sahaja dan sebagainya. Demi menjimatkan kos untuk perkhidmatan membaiki telefon, individu yang memilih jalan singkat ini cenderung menyebabkan keadaan telefon bertambah teruk atau terus tidak boleh berfungsi.
Tips Penjagaan Untuk Penggunaan Jangka Panjang
Pertama, pemilik telefon hendaklah sentiasa menjaga cara penggunaan seperti tempoh mengecas agar papan induk tidak rosak akibat aliran elektrik yang berlebihan. Sebaiknya cas tidak melebihi 2 jam atau setelah bateri penuh perlu tutup sambungan pengecas telefon dengan segera. Dalam pada itu, disarankan untuk menggunakan pengecas yang asli dan sesuai dengan model peranti yang digunakan serta kurangkan penggunaan pengecas dalam kereta atau powerbank.
Kedua, untuk menjaga keadaan dalaman telefon, keadaan luaran juga mestilah dilindungi dengan memasang sarung telefon 'casing' yang tidak licin dan berkualiti supaya telefon tidak mudah jatuh atau terlepas dari pegangan. Terdapat pelbagai jenis sarung telefon yang berkualiti yang dijual dipasaran dan kebanyakan harganya mampu milik.
Ketiga, elakkan daripada memasukkan atau jatuhkan telefon ke dalam air. Hal ini kerana air dapat menyebabkan dalaman peranti rosak dan sukar untuk dibaiki jika kerosakan terlalu teruk dan seterusnya mengganggu fungsi telefon tersebut. malah, proses untuk mengeringkan juga memakan masa dan adakalanya sesi membaik pulih tidak menjadi.
Keempat, rujuk orang yang mahir atau pergi ke kedai alat telefon yang dipercayai untuk mengetahui masalah atau membaiki kerosakan yang berlaku terutama berkaitan dengan motherboard kerana ia akan mengambil masa dan masa yang diperlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk membaiki peranti tersebut. Mengapa? Ini kerana proses membaiki motherboard amat rumit dan memerlukan kepakaran yg tinggi serta risiko kepada tukang baiki juga tinggi.
Berapa kos baiki motherboard Xiaomi Mi 11 Lite?
sasung galaxy a 12 jadi hitam tapi phone masih boleh dihidupkan cuma skrin tak tunjuk apa apa dan samsung kata mother board rosak
Assalam,
Kenapa Fon lmbat respon jika ingin menaip, nak buka camera, gallery, fb, wassap atau semua yg ada di skrin bila tekan satu2 akn balik semua ke main skrin berulangkali tak pergi direct. 3-4x tekan baru bole.
Adakah ini masalah mother board.
Bole ke kita check sendiri jika bateri yg prob.
Terima kasih kerana membantu.
Wassalam
Kalau motherboard masalah, selepas dapat dibaiki,adakah number2 whatapps dan dokument dalam file manager masih kekal ada @ hilang?