Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Awas, Jangan Muat Turun Perisian Sembarangan!

"Salam Sejahtera. Saya dari Shopee. Adakah anda perlukan kerja sambilan?"

Pernah tak anda disapa melalui aplikasi WhatsApp seperti sapaan diatas? Jika ya, ketahuilah bahawa mereka cuba memancing data peribadi anda secara tidak sah atau dikenali sebagai phishing.

Phishing atau bahasa mudahnya mencuri data peribadi seseorang melalui taktik memancing menggunakan pautan palsu tetapi kelihatan seperti benar. Taktik ini biasanya diguna pakai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan maklumat kewangan terutama mereka yang menggunakan perbankan internet.

Tindakan memuat turun pautan atau perisian sembarangan bukan dari Play Store atau Apple Store ini boleh memberi kesan buruk bukan sahaja pada data peribadi, malahan pada alat peranti anda juga. Nak tahu lebih lanjut kesan-kesannya? Ikuti artikel ini!

1. Berisiko Untuk Digodam

Seperti yang anda sedia maklum di awal artikel tadi, taktik scammer yang sedang berleluasa waktu ini mensasarkan mereka yang menggunakan perbankan internet dengan mendapatkan maklumat kewangan mangsa dengan cara phishing.

Golongan penipu kelas atasan ini akan menyapa mangsa dengan menawarkan kerja sambilan dan memperkenalkan diri sebagai ejen atas talian seperti Shopee atau Lazada. Jika mangsa bersetuju, sebuah pautan akan diberikan kononnya untuk menghubungkan mereka dengan pihak tertentu untuk ditemu bual sebelum memulakan khidmat.

Jika mangsa terpancing dengan tawaran tersebut dan terus ke pautan, maka, ucaplah selamat tinggal kepada simpanan di dalam akaun bank.

Mereka yang mudah terpedaya ini bukan sahaja terdiri dari warga emas, bahkan golongan dewasa yang bekerjaya serta anak muda yang giat mencari kerja. Taktik scammer ini menawarkan pulangan yang sangat lumayan. Tentu sahajalah mangsa akan rambang mata, bukan? Dengan ekonomi yang mundur, tentu sahaja mangsa akan merebut peluang 'keemasan' ini tanpa berfikir panjang.

Akhirnya, bukan wang yang diperolehi, tetapi musibah yang menimpa diri. Aduhai, kasihan sekali!

2. Telefon Pintar Menjadi Berat

Cache sudah dihapuskan, kapasiti penyimpanan juga dikosongkan, tetapi alat peranti masih berat. Aduh, kenapa ya?

Ha, ini juga salah satu kesan daripada tindakan anda yang suka mengklik pautan dan memuat turun perisian sesuka hati tanpa memeriksa asal-usul perisian tersebut. Sudahlah digodam, telefon pintar juga semakin berat. Jika telefon pintar anda kerap lagging atau hang, semaklah semula pautan yang anda telah klik dan aplikasi yang anda telah muat turun.

Situasi ini selalunya berpunca daripada virus bahaya yang telah wujud di dalam alat peranti anda. Virus ini bukan sahaja menyebabkan telefon pintar anda lagging, bahkan juga berisiko untuk memusnahkan segala perisian yang ada.

Apa yang anda dapat pada akhirnya?

TIADA!

Telefon pintar rosak, duit juga melayang.

3. Terdedah dengan Isu Keselamatan dalam Talian

Bila dah digodam, tentunya data peribadi anda tersebar dengan luas dalam talian. Tiada lagi tapisan, dan tiada lagi perlindungan.

Isu ini sangat diambil berat oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Anda boleh lihat bagaimana pihak ini bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat dan taktik penipu atas talian ini secara besar-besaran untuk kesedaran awam.

Kebanyakan maklumat mangsa yang telah bocor akan disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memperdaya dan memancing mangsa dengan penipuan yang berterusan. Sebagai contoh, jika mereka memperolehi data peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan mangsa, mereka akan memperdaya mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa seperti pegawai LHDN.

Hasilnya, mangsa yang mudah terpedaya akan jatuh dengan ugutan mereka.

Bagaimana Untuk Mengelakkan Situasi Ini?

Tentunya persoalan ini bermain difikiran anda, bukan? Sudahlah digodam, telefon pintar juga hampir hilang nyawa, mestilah kita mahukan solusi yang tepat. Ha, jangan risau!

Anda boleh ikuti tips ini.

1. Jangan Klik Pautan Sembarangan

Ya, jangan sesekali klik pada pautan yang meragukan, apatah lagi memuat turun perisian yang mengandungi unsur-unsur 'too good to be true'.

Tetapi, kenapa?

Selalunya, ini taktik penipu dalam talian ini untuk menceroboh data peribadi awam. Jika anda terlihat perisian yang bukan dari sumber yang menyakinkan, elakkan dari memuat turun perisian tersebut. Tindakan membabi buta anda akan mengakibatkan kerugian pada diri sendiri.

Kadang-kadang perisian yang dimuat turun bukanlah perisian yang dimahukan, tetapi perisian yang mengandungi segerombolan virus bahaya yang merosakkan alat peranti sekaligus membocorkan data peribadi anda.

Jadi, berhati-hatilah sebelum memuat turun apa-apa perisian. Ingat, dengan hanya satu klik sahaja, bahaya akan menimpa anda!

2. Muat Turun Perisian dari Play Store atau Apple Store Sahaja

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat turun perisian dari Play Store, manakala pengguna iOS boleh memilih Apple Store. Perisian dari kedua-dua sumber ini sudah pasti jauh dari virus bahaya berbanding perisian yang dimuat turun dari sumber yang meragukan.

Walau bagaimanapun, sebagai pengguna yang bijak, anda boleh menyemak perisian tersebut terlebih dahulu sebelum memuat turun kerana penipu dalam talian sekarang ini lebih licik. Mereka tentu sahaja merancang jalan lain untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

3. Semak Melalui Laman Web atau Aplikasi Yang Sah

Sebelum anda klik pada pautan yang diberikan, jadilah pengguna yang bijak dengan menyemaknya terlebih dahulu.

Pihak berkuasa telah menyediakan satu inisiatif untuk orang awam menyemak penipu dalam talian ini seperti aplikasi dan laman web SEMAKMULE, CCID Infoline (melalui aplikasi WhatsApp), CCID Response Center serta melalui Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police.

Namun begitu, sekiranya anda telah terpancing dengan mengklik pautan serta memuat turun perisian yang bukan dari sumber yang sah, dan mengakibatkan alat peranti anda berat sehingga lagging, hanya ada satu cara sahaja untuk mengubahnya.

Bawa alat peranti anda ke Pusat Servis FixBay yang berdekatan untuk disemak. Pakar kami akan membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.

Jom jadi pengguna yang bijak dan segera ke FixBay!

2 comments on “Awas, Jangan Muat Turun Perisian Sembarangan!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)