Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Meningkatkan kemahiran teknikal dengan mengambil alih iLab

iLab bukanlah nama yang asing dalam industri baikpulih telefon pintar ini, iLab ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemilik perniagaan beranama Muhammad Hafizul Izwan atau lebih dikenali sebagai Jensen King @ Long iLab. Jika sebelum ini FixBay mengambil alih 8 cawangan XpertGadget. Kali ini, FixBay meneruskan gerak kerja untuk menambah kualiti perkhidmatan dengan mengambil alih pula iLab.

Ini adalah salah satu langkah oleh FixBay untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang di seluruh cawangan di bawah naungan FixBay. Jika anda belum mengetahui, sedikit sebanyak sejarah mengenai iLab.

iLab pada bermula dengan perniagaan berkaitan reload dan membaiki telefon dengan kerosakan ringan seperti penukaran paparan LCD dan juga bateri.

iLab ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pemilik perniagaan yang bernama Muhamad Hafizul Izwan atau lebih dikenali sebagai Jensen King @ Long iLab.

Pada awalnya, ia hanya sebuah perniagaan yang hanya menjalankan aktiviti perniagaan seperti reload dan membaiki telefon yang melibatkan kerosakan ringan seperti penukaran paparan LCD dan juga bateri.

Unit kedai ini telah membantu menambah kepakaran lebih 2000 technician di seluruh Malaysia

Setelah dua tahun dalam industri ini, antara cabaran yang dihadapi iLab adalah kepakaran untuk membaik pulih papan litar telefon. Bermula dengan cabaran ini, Long iLab telah mengambil langkah drasktik untuk menghadiri beberapa kelas baik pulih yang berkaitan papan litar telefon.

Selepas melalui proses pembelajaran dalam pelbagai kelas dengan tenaga pengajar dari negara China, Indonesia dan Malaysia, Long iLab telah melakukan banyak latihan pembaikan sehingga beliau yakin dengan kemampuan dan kemahiran beliau dalam baik pulih telefon pintar ini.

Justeru itu, dengan niat ingin menambah baik industri baik pulih telefon di tanahair, Long iLab telah mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel baik pulih telefn di Malaysia untuk berkongsi kepakaran yang beliau telah perolehi hasil menyertai pelbagai kelas dan pengalaman membaiki begitu banyak peranti di luar sana.

Mungkin ada yang masih belum mengetahui, kenapa nama iLab ini dipilih? Sebenarnya Long iLab memfokuskan aktiviti baik pulih peranti atau produk keluaran Apple. Sehubungan itu, mengambil inspirasi daripada huruf "i" yang digunakan dalam iDevice (peranti keluaran Apple), dan Lab sebagai makmal untuk proses baik pulih, gabungan ini menyebabkan jenama iLab itu dipilih.

Proses mengambil alih iLab untuk menyertai FixBay ini adalah untuk memberikan manfaat berganda kepada jenama FixBay dan semua pelanggan FixBay. Setakat ini, iLab telah pun mengadakan bengkel hampir di seluruh Malaysia dan peneyrtaan mencecah 2000 peserta sejak ianya mula dianjurkan dari tahun 2017 sehingga tahun 2022.

Hasrat FixBay untuk menambah baik kualiti perkhidmatan semua cawangan akan tercapai dengan proses ambil alihan iLab ini. Lebih banyak bengkel dalaman (untuk cawangan FixBay) dari tahap pertengahan ke tahan tertinggi akan dijalankan. Semuanya demi memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua.

Jika anda mempunyai kedai baik pulih telefon, masih bergerak bersendirian dan mahu bersama FixBay, bolehlah isi borang Sertai FixBay untuk kita bincang-bincang bagaimana lebih banyak manfaat boleh dicapai bersama.

Selamat datang iLab ke Fixbay.

One comment on “Meningkatkan kemahiran teknikal dengan mengambil alih iLab”

  1. Sy ada sebiji Handphone Redmi model M2003J6A1G..massalah nya Auto off..call sy 012214####(Kedai RED ONE) D PKNS Bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)