Anda menghadapi masalah mengambil gambar dengan telefon bimbit anda? Apabila anda menekan kamera untuk mengambil gambar adakah anda hanya mendapat skrin hitam?
Ini bukan suatu isu yang luar biasa untuk telefon bimbit tetapi ia sangat menganggu aktiviti harian anda apabila telefon bimbit tidak dapat mengambil gambar atau merakam video sama sekali. Artikel ini akan membawa anda membincangkan beberapa sebab serta tips penyelesaian yang boleh dilakukan anda supaya kamera telefon bimbit mampu berfungsi semula.
Skrin kamera telefon bimbit anda boleh menjadi hitam atas pelbagai sebab. Yang paling jelas ialah ia boleh terjadi kerana disekat secara fizikal oleh sesuatu seperti kotoran yang terkumpul, sarung telefon, lengan baju, bahagian tripod atau tangan anda sendiri.
Jika kamera masih menunjukkan skrin hitam selepas melakukan tetapan semula kemungkinan besar isu ini berkaitan komponen dalaman bermakna bahagian kamera sebenar tidak berfungsi. Komponen-komponen ini mengalami kerosakan boleh berpunca daripada pelbagai sebab antaranya litar pintas, penggunaan yang berat dan pelbagai lagi.
Isu ini boleh menjadi perkara yang sukar untuk diselesaikan dan kemungkinan berfungsi dengan betul semula agak nipis. Jika isu itu berkaitan dengan perisian, kemungkinan besar anda mungkin boleh membetulkannya. Namun, ia juga boleh menjadi lebih teruk dan mungkin hanya terdapat 50% sahaja peluang untuk benar-benar menyelesaikan masalah kamera anda.
Hanya matikan telefon anda selama 10 saat dan kemudian hidupkan semula dan periksa kamera anda dan ini boleh membetulkan isu kecil berkaitan perisian.
Menarik keluar bateri telefon ialah satu lagi jenis tetapan semula lembut yang boleh membolehkan telefon mula berfungsi dengan betul semula. Namun tidak semua telefon boleh melakukan langkah ini, hanya pada bateri telefon yang boleh tanggal.
Anda juga boleh menyahpasang mana-mana aplikasi kamera pihak ketiga yang telah anda muat turun ke telefon. Telefon mungkin telah menerima arahan kemas kini untuk perisiannya dan pembangun aplikasi itu mungkin belum mempunyai peluang untuk mengemas kini aplikasi mereka. Ini menyebabkan kamera gagal berfungsi dengan baik.
Tetapkan semula lembut telefon sekali lagi selepas menyahpasang aplikasi anda, dengan mematikan kuasa telefon, sebaik-baiknya dengan mengeluarkan bateri, mengira hingga 10 saat dan kemudian masukkan semula bateri dan hidupkan semula telefon.
Jika anda telah membersihkan semua aplikasi anda dan telefon anda masih menunjukkan skrin hitam maka perkara yang anda perlu lakukan ialah melakukan sandaran penuh (full backup) pada telefon anda, menyimpan semua maklumat penting anda dan kemudian melakukan tetapan semula penuh pada telefon bimbit anda. Jika ia adalah software bug, gangguan dan virus sepatutnya langkah ini mampu menyelesaikan masalah itu.
Jalan terakhir yang paling mudah dan boleh anda lakukan ialah dengan mengunjungi kedai pusat servis telefon bimbit. Jangan menjadi tikus membaiki labu, jika kita tidak mampu serahkan kepada yang pakar.
Sesetengah orang mencadangkan pita scotch untuk lensa kamera telefon bimbit. Tetapi itu bukan cara yang betul untuk melindungi lensa kamera anda. Cuba elakkan perkara tersebut kerana ia akan merosakkan kejelasan imej dan video anda.
Jika anda telah melakukan segala tips diatas tetapi kamera anda masih sama? Tiba masanya untuk anda layari laman web FixBay untuk berhubung dengan pakar telefon bimbit yang terlatih dan berpengalaman untuk membantu anda dengan sebarang masalah kamera telefon bimbit.
[…] bentuk perubahan yang dialami telefon anda seperti bateri mudah habis, speaker kadang-kadang pecah, skrin tiba-tiba hidup dan mati atau lain-lain perubahan aneh yang berlaku sekejap mahupun lama. Anda perlu segera membawa telefon […]