Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Jenis-Jenis Kerosakan Bateri MacBook dan Puncanya

Anda pengguna MacBook? Pernah mendapat mesej seperti ini?

"Anda kini menggunakan kuasa bateri simpanan." Atau, jika anda menggunakan macOS yang lebih baharu, ia mungkin akan tertera mesej seperti ini "Bateri Rendah: Mac anda akan tidur tidak lama lagi melainkan dipalamkan ke salur kuasa".

Amaran ini biasanya tidak mempunyai banyak kesan pada MacBook. Anda hanya perlu mengambil pengecas, pasangkannya, dan MacBook anda akan kembali normal.

Namun, ia tidak selalunya semudah itu terutamanya jika anda menggunakan MacBook versi lama yang cenderung mengalami kehabisan bateri dengan cepat dan isu lain dari semasa ke semasa sama seperti teknologi lain.

Walau bagaimanapun, jika amaran ini muncul terlalu kerap, lebih awal daripada biasa, atau bateri terus berkurangan secara mendadak, sudah tiba masanya untuk mengenal pasti masalah dan mengetahui perkara yang boleh anda lakukan untuk membaik pulih isu ini.

Bateri dalam MacBook anda mungkin terdedah kepada lebih banyak isu daripada yang anda fikirkan, jadi apakah yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya? Dalam artikel ini, kami akan membantu anda mengetahui lebih lanjut mengenai isu ini.

1) Penggunaan Secara Berlebihan

Jika bateri anda kelihatan habis dua kali lebih cepat, ini mungkin kerana anda menggunakannya dua kali lebih banyak daripada penggunaan biasa.

Terutamanya jika anda baru membuat perubahan besar pada aliran kerja anda. Keadaan seperti ini juga boleh menjadi penyebab penyaliran bateri yang kelihatan merudum secara tiba-tiba.

Applikasi Mac menggunakan lebih banyak kuasa bateri daripada biasa. Bateri anda mungkin cepat habis apabila anda membuka applikasi Mac.

Ini berkemungkinan anda sedang membuka banyak applikasi serentak pada masa yang sama. Jika bateri anda cepat habis selepas menaik taraf kepada macOS terkini, ia mungkin disebabkan oleh beberapa tetapan lalai.

2) Menggunakan Tetapan yang Salah

Tetapan lalai komputer anda tidaklah menjadi sebab utama dan ianya kurang memakan tenaga semasa anda sedang mengunakan MacBook.

Berikut ialah beberapa tetapan asas yang jika diubah akan membantu mengurangkan jumlah bateri yang digunakan oleh MacBook anda semasa anda melakukan kerja :

Bluetooth: Sentiasa matikan Bluetooth apabila anda tidak menggunakan sebarang aksesori Bluetooth. Anda hanya perlu ketik ikon Bluetooth yang terletak di bahagian atas bar menu dan ketik "Matikan Bluetooth."

Kecerahan Skrin: Memalapkan skrin beberapa darjah adalah lebih baik untuk mata dan bateri anda. Jika anda menggunakan MacBook yang lebih lama, gunakan kekunci fungsi F1 untuk mengurangkan kecerahan. Untuk MacBook Pro baharu dengan Touch Bar, ketik pada ikon kecerahan yang lebih kecil.

Pencahayaan Latar Papan Kekunci: MacBook Pro mempunyai papan kekunci yang sangat terang, tetapi jika papan kekunci anda menyala pada waktu siang, anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk melaraskannya dengan kekunci fungsi F5 (MacBook baharu dengan Touch Bar yang agak berbeza).

Keutamaan Penjimat Tenaga: Buka "Keutamaan Sistem", dan kemudian pilih "Bateri" (untuk macOS Big Sur atau Monterey) atau "Penjimat Tenaga" (untuk macOS Catalina atau lebih awal). Kurangkan masa yang diperlukan untuk komputer dan paparan tidur untuk menjimatkan bateri.

Jika anda melakukan seperti perkara di atas ini, ianya akan membantu anda dalam peningkatan yang ketara pada hayat bateri, terutamanya jika sebelum ini anda menggunakan tetapan yang berbeza secara mendadak.

3) Penyesuai Dinding (wall adapter) Tidak Berfungsi

Ia mungkin kelihatan tidak begitu penting, tetapi kadangkala tidak dapat lari daripada ralat seperti ini berlaku. Sebaliknya, ia adalah disebabkan penyesuai dinding yang anda cuba sambungkan.

Jika penyesuai dinding rosak atau kotor, ia tidak akan dapat mengecas MacBook anda. Jika LED pengecas tidak dihidupkan, anda berkemungkinan akan dapat melihat percikan api semasa memasangkannya. Tambahan lagi, kadangkala sahaja MacBook hanya dapat dicas dan pengecas pula berkemungkinan menjadi salah satu penyebabnya.

4) Bateri Dalam Keadaan Kritikal (Showing “Replace Soon” or “Replace Now”)

Bateri MacBook anda mungkin perlu diganti kerana bateri telah tamat tempoh jangka hayat atau kerosakan fizikal akibat daripada terjatuh dan sebagainya.

Ini adalah jenis amaran yang anda dapat lihat :

Normal – Ini bermakna bateri anda tidak mempunyai masalah dan fungsi yang jelas sebagai bateri yang standard.

Ganti Tidak Lama atau Servis Disyorkan – Ini menunjukkan bahawa bateri berfungsi tetapi menunjukkan tanda-tanda bateri hampir tamat tempoh atau jangka hayatnya.

Ganti Sekarang atau Servis – Pada ketika ini, bateri anda berada di jalan pengakhirnya dan perlu diservis atau diganti dengan bateri yang baru.

Jika keadaannya adalah sesuatu yang positif seperti "adil" (fair) atau "normal", anda boleh mengabaikan sahaja amaran seperti itu. Namun tetapi jika tertera "lemah" atau "periksa bateri", bateri anda mungkin perlu diganti dengan segera.

Jika anda mengabaikan amaran perkhidmatan bateri, ini mungkin akan boleh menyebabkan kerosakan perkakasan pada MacBook anda. Ia boleh mengundang bahaya sekiranya bateri mengembang dan menjejaskan binaan aluminium pada MacBook anda. Kebakaran kecil masih boleh berlaku dan penggantian bateri haruslah dilakukan dengan segera.

5) Bateri Tidak Mengecas Sehingga 100%

Jika ia berhenti mengecas antara 93% dan 98%, ini adalah perkara biasa dan bukanlah menjadi sebarang masalah. Ia sebenarnya ciri yang menghalang kitaran pengecasan ringkas daripada meningkatkan kehausan pada bateri. Tetapi jika ia tidak mencapai 90%, maka anda mungkin sedang menghadapi masalah.

Sebelum mencuba untuk mengenal pasti penyelesaian yang lebih kompleks, cas dahulu MacBook anda kepada 100% dan gunakannya selama dua jam dengan pengecas disambungkan.

Kemudian tutup suis pengecas dan biarkan sahaja bateri MacBook anda mengalir kepada 0% sehinggalah MacBook dimatikan dengan sendirinya. Tunggu sekurang-kurangnya 5 jam, dan cuba hidupkan MacBook anda. Bateri kini telah ditentukur (calibrated).

Kesimpulan

Isu pada bateri MacBook adalah perkara yang merunsingkan pengguna. Keadaan ini menjejaskan produktiviti kerja harian anda, sering menjadi tanda tanya mengenai ketidakpastian yang berterusan, dan ianya mempunyai penyelesaian yang sukar difahami bagi sesetengah pengguna.

Jika anda adalah salah seorang pengguna MacBook yang sedang mengalami isu yang sama dan masih tidak dapat menyelesaikan isu ini, jangan risau kami sedia membantu. Sebarang baik pulih MacBook, anda boleh kunjungi ke cawangan kami di FixBay Shah Alam dan kami akan menawarkan servis terbaik untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)