Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

Bahaya Ke Kalau Bateri Telefon Kembung?

Tahu tak insiden berkaitan bateri telefon pintar pernah menggemparkan dunia elektronik yang melibatkan Samsung Note 7 yang dilaporkan meletup pada 24 Ogos 2016.

Pada bulan berikutnya, pihak Samsung mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian itu berpunca dari bateri telefon pintar tersebut yang bermasalah pada bahagian elektrod dan langsung menghentikan pengeluaran Note 7 serta merta pada 11 Oktober 2016. Jika anda merupakan pengguna telefon pintar Samsung, tak perlu khuatir kerana Samsung sudah menaiktaraf mekanismanya sekarang.

Bateri Kembung Berpunca Dari Overcharging

Tidak kiralah anda pengguna android atau iOS sekalipun, yang menjadi persoalan sekarang, adakah telefon pintar keluaran syarikat lain dijamin selamat? Tambahan pula, dengan kecanggihan teknologi masa kini yang hanya menggunakan built-in bateri untuk setiap telefon pintar. 

Teringat pula zaman Nokia dan Sony Ericsson dahulu, kalau telefon tiba-tiba sahaja lagging atau terpadam, segera kita restart dengan buka dan pasang semula bateri. Tetapi, bagaimana pula kalau kejadian yang sama berulang pada zaman sekarang? Dah menjadi satu masalah sekiranya tiada tool dan kemahiran mengendalikan telefon pintar ini. Silap hari bulan, poket boleh rabak demi telefon pintar tercinta.

Betul ke punca utama bateri kembung disebabkan overcharging? Jawapannya, ya! Setiap bateri di dalam telefon pintar mengandungi kuantiti arus elektrik. Oleh sebab itu, sekiranya tenaga eletrik yang mengalir ke dalamnya melebihi kapasiti yang sepatutnya, bateri tersebut akan kembung seperti sebuah belon yang dipam angin berlebihan sehingga meletup.

Guna iOS Selamat?

Ada pula yang berpendapat bahawa menggunakan iOS boleh mengelakkan berlakunya lintar pintas semasa mengecas sehingga mengakibatkan bateri meletup. Kenyataan itu tepat sekali tetapi hanya untuk mereka yang menggunakan peranti dan alat pengecas iOS yang original. Jika anda menggunakan alat pengecas tiruan, maka kesannya (anda jawab sendiri).

Dengan penambahbaikan dan kajian yang telah dibuat oleh pakar, bateri Lithium-ion yang digunakan pada telefon pintar generasi kini telah menuju ke arah sifar letupan. Namun, kita masih perlu berhati-hati dalam mengendalikan telefon pintar kerana secara teorinya, bateri telefon pintar boleh meletup sekiranya kembung.

Apa Terjadi Sekiranya Masih Menggunakan Bateri Kembung?

Semua pengguna telefon pintar perlu ingat bahawa setiap masalah yang berlaku pada alat-alat peranti akan memberi kesan. Disebabkan itulah semua syarikat alat-alat peranti mengingatkan pengguna untuk sentiasa menggunakan alat-alat peranti yang original kerana kesan daripada alat tiruan amat membahayakan. Antaranya adalah seperti berikut:

Merosakkan Layar Skrin

Bateri kembung sangat bahaya dan amat penting untuk dielakkan. Kalau bateri telefon pintar anda dah kembung, tukar kepada yang baru dengan segera. Ini untuk mengelakkan bateri tersebut memberi kesan kepada layar skrin telefon pintar anda.

Malang tak berbau, silap hari bulan, anda perlu tukar kepada telefon pintar yang baru pula. Oh, tidak! Disebabkan built-in bateri yang ada pada telefon pintar sekarang, ruang bateri akan terjejas sekiranya bateri kembung. Bila bateri kembung, layar skrin pun akan terjejas disebabkan oleh penolakan bateri yang telah kembung tadi.

Kesannya, layar skrin akan tercabut atau pecah sekaligus. Ha, anda fikirlah dengan bijak. Nak ke bayar lebih untuk baiki skrin sekali?

Overheat dan Menjurus Kepada Proses Thermal Runaway

Ha, pernah tak telefon anda panas secara tiba-tiba? Itu juga salah satu kesan dari kekembungan bateri telefon pintar anda. Terdapat satu bahagian dalam bateri anda yang akan menjurus kepada overheat yang akan menyebabkan berlakunya litar pintas. Hasil tindak balas tersebut akan mengalirkan haba ke kawasan yang lain dan proses ini dikenali sebagai electrolyte overheat.

Dalam masa yang sama, haba ini mengakibatkan elektrolit di dalam bateri bocor dan memberi kesan kepada bahagian luar bateri yang menyebabkannya kembung.

Cecair bersifat panas dan mudah terbakar akan keluar dari bateri memberi impak kepada komponen berdekatan dan telefon pintar itu sendiri yang akan mengakibatkan berlakunya pencairan dan kebakaran. Inilah yang terjadi semasa proses thermal runaway.

Ha, jadi anda semua sudah jelas betapa pentingnya untuk menukar kepada bateri baru sekiranya bateri anda sekarang dah kembung? Proses yang mengakibatkan kebakaran itu pun sudah menggerunkan, apatah lagi kalau benar-benar terjadi. Kalau sayangkan telefon pintar anda, pastikan anda sayang baterinya juga. Nak tukar bateri, ingat kami di FixBay.

One comment on “Bahaya Ke Kalau Bateri Telefon Kembung?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)