Operation hours : Everyday 10.00 am - 7.00 pm
Hotline : 017 696 6090
fixbaymy@gmail.com

8 Langkah Keselamatan Mengatasi Aplikasi Tiruan/Malware

Malware

Malware ialah perisian yang menjangkiti sistem telefon bimbit anda untuk merosakkan, melumpuhkan atau mengeksploitasi segala kandungan telefon anda. Tiada cara untuk menghalang serangan Malware tetapi terdapat beberapa langkah yang boleh dipercayai mampu melindungi telefon anda.

1. Pasang perisian anti-virus

Program anti-virus mengimbas fail telefon anda untuk mengenal pasti dan mengalih keluar perisian yang tidak baik.

2. Gunakan kaedah pengesahan selamat (secure authentication)

Gunakan kata laluan yang kukuh, biometric dan jangan sekali-kali simpan kata laluan pada telefon bimbit anda. Gunakan pengurus kata laluan selamat jika perlu.

3. Gunakan akaun pentadbir (administrator accounts) jika perlu sahaja

Malware selalunya mempunyai keistimewaan yang sama seperti pengguna aktif. Akaun bukan pentadbir biasanya disekat daripada mengakses bahagian paling sensitif atau sistem rangkaian. 

4. Pastikan perisian dikemas kini

Tiada pakej perisian yang benar-benar selamat daripada Malware. Walau bagaimanapun, vendor perisian kerap menyediakan sokongan dan kemas kini untuk menutup sebarang kelemahan baharu yang muncul. 

5. Minimumkan Keterbukaan Aplikasi

Hadkan bilangan laluan masuk yang mungkin pada telefon bimbit anda. Hanya benarkan ciri dan fungsi aplikasi yang diperlukan. Anda boleh merujuk langkah ini bagi pengguna Android dan Iphone di sini.

6. Laksanakan keselamatan e-mel dan perlindungan spam.

E-mel merupakan saluran perisian Malware oleh itu tingkatkan kekuatan email anda melalui langkah ini.

7. Pantau aktiviti yang mencurigakan

Rujuk artikel ini untuk memantau aktiviti yang mencurigakan telefon anda.

8. Didik pengguna

Manusia sendiri merupakan pertahanan yang terbaik. Dengan pengetahuan dan ilmu, anda boleh membantu mengurangkan risiko Malware atau taktik lain pengodam.

Gunakan 8 langkah di atas untuk melindungi telefon bimbit anda. Namun jika ianya terlambat sehingga menghilangkan kefungsian atau data telefon bimbit anda segera berjumpa juruteknik profesional untuk menyelamatkan telefon kesayangan anda itu!

One comment on “8 Langkah Keselamatan Mengatasi Aplikasi Tiruan/Malware”

Leave a Reply to 5 Kepentingan Menggunakan Perisian Keselamatan (Anti-Virus) — FixBay Smartphone Repair Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Some rights reserved  © 2022 - 2024 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)