5 Rahsia iOS 26 Yang Apple Tidak Umumkan di WWDC!

Word Wide Developer Conference 2025 (WWDC) baru-baru ini telah menggegarkan dunia teknologi dengan pengumuman pelbagai ciri baharu yang akan tiba dengan iOS 26. Walaupun ciri-ciri utama mendapat liputan meluas, terdapat banyak lagi fungsi menarik yang tidak disebut ketika iOS 26 diumumkan.

Dalam artikel ini, kami telah memilih 5 fungsi tambahan kegemaran kami dalam iOS 26 yang mungkin anda terlepas pandang. Setiap satunya bakal membawa keupayaan baharu yang hebat ke iPhone anda, jadi ia sangat berbaloi untuk diberi perhatian. Jika anda memasang versi beta pembangun iOS 26, anda boleh mencubanya sendiri.

1. Battery Boost iOS 26 Buat Bateri Tahan Lebih Lama

Menjaga hayat bateri iPhone anda adalah sangat penting untuk memastikan prestasinya kekal optimum untuk jangka masa yang panjang. Berita baiknya, kemas kini perisian terbaharu Apple ini membawakan beberapa ciri pintar yang direka khusus untuk memelihara dan memanjangkan hayat bateri.

Sebagai contoh, terdapat pilihan Adaptive Power di dalam iOS 16 yang baharu pada iPhone. Tujuannya adalah untuk membuat perubahan kecil secara pintar bagi mengelakkan bateri anda habis terlalu cepat. Menurut Apple, ini termasuklah merendahkan kecerahan skrin secara automatik dan membenarkan sesetengah tugasan "mengambil masa sedikit lebih lama". Ia juga akan mengaktifkan Low Power Mode apabila bateri anda mencapai 20%.

Selain itu, bahagian bateri dalam aplikasi Settings iOS 26 kini memberikan maklumat yang jauh lebih terperinci, termasuk baki masa penggunaan berdasarkan tahap cas semasa dan pecahan yang lebih jelas tentang aplikasi mana yang paling banyak menggunakan kuasa bateri. Semasa mengecas, anda juga akan melihat anggaran tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai 100%.

Anda mungkin suka dengan: Tukar Bateri Siap 15 Minit?

2. Penapisan Mesej Spam Automatik - Akhirnya di iOS 26

Jika anda sudah bosan menapis lambakan mesej spam yang tidak diundang, ada berita baik dalam iOS 26: Apple memperkenalkan fungsi penapisan mesej pada iPhone anda. Ciri ini boleh didapati dalam aplikasi Messages yang telah dikemas kini.

Kini, mesej daripada penghantar yang tidak dikenali akan ditapis secara automatik dari peti masuk utama anda dan disimpan dalam folder berasingan. Teks ini tidak boleh masuk ke dalam peti masuk anda sehinggalah anda meluluskan penghantarnya.

Anda juga boleh membenarkan mesej yang sensitif masa untuk melepasi tapisan baharu dalam iOS 26 – contohnya, makluman penjejakan bungkusan atau kemas kini penghantaran makanan. Terdapat pelbagai kategori untuk mesej yang ditapis, termasuk mesej peribadi dari perniagaan, transaksi, promosi, dan banyak lagi, di mana setiap kumpulan boleh diuruskan secara individu.

3. Pilihan Bunyi Latar Belakang Baharu - iOS 16 Berirama

Fungsi bunyi latar belakang telah wujud pada iPhone untuk seketika, tetapi jumlah dan jenis bunyinya telah diperluaskan dalam kemas kini iOS 26. Kini terdapat pilihan baharu seperti bunyi hujan di atas bumbung, suasana dalam kapal terbang, bunyi unggun api yang menenangkan, malam yang sunyi, dan banyak lagi.

Bunyi ambien ini dapat membantu anda untuk lebih fokus semasa bekerja, tidur dengan lebih lena, atau sekadar menenangkan fikiran. Anda boleh mengaktifkannya dalam aplikasi Settings, atau menambahkannya ke Control Center iOS 26 baharu anda untuk akses yang lebih mudah.

4. Amaran Lensa Kamera Kotor Pun Baru Tiba Di iOS 26

Semakin kerap anda menggunakan iPhone, semakin tinggi kemungkinan kanta kameranya terpalit dengan cap jari secara tidak sengaja. Memandangkan bonjol kamera pada bahagian belakang telefon agak besar, ia sukar untuk dielakkan.

Kesan cap jari yang berminyak boleh merosakkan kualiti gambar anda dengan cara yang halus, yang mungkin tidak anda sedari sehinggalah momen penting itu berlalu. Untuk mengelakkan senario ini, iOS 26 boleh memberi amaran kepada anda apabila ia mengesan kanta anda kotor, memberitahu anda bahawa sudah tiba masanya untuk membersihkannya dengan lembut.

5. Fungsi Penerbangan Yang Dinaik Taraf

Sama ada anda seorang yang kerap terbang atau hanya sesekali menaiki kapal terbang, anda pasti akan mendapat manfaat daripada naik taraf pas pelepasan (boarding pass) dalam iOS 26. Ciri ini menjadikannya lebih mudah untuk menyediakan pas anda dan menjejaki penerbangan dalam masa nyata.

Walaupun sebelum ini anda boleh menyimpan boarding pass dalam aplikasi Wallet Apple, kemas kini ini membawa lebih banyak fungsi ke iPhone anda. Anda akan dapat melihat arah Apple Maps untuk ke terminal yang betul, menjejaki bagasi anda dengan aplikasi Find My, dan banyak lagi.

Terdapat juga Live Activity baharu yang memaparkan maklumat penjejakan penerbangan yang relevan, seperti terminal ketibaan, nombor tuntutan bagasi, dan kemajuan penerbangan. Ini adalah kali pertama Apple menawarkannya sebagai ciri asli iOS dengan iOS 26, membawakan fungsi yang sebelum ini hanya tersedia melalui aplikasi pihak ketiga.

Some rights reserved © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram