Kami komited untuk membina kepercayaan dengan setiap pelanggan. Ini bermakna kami akan sentiasa jujur tentang diagnosis masalah peranti korang, hanya syorkan apa yang betul-betul perlu, dan pastikan setiap pembaikan dibuat dengan standard kualiti tertinggi. Dengan juruteknik berpengalaman lebih 12 tahun dan hampir 5,000 ulasan 5 bintang di Google, korang boleh yakin peranti korang di tangan yang selamat.
2. Transparency (Ketelusan)
Kami percaya pada keterbukaan. Segala proses pembaikan akan dijelaskan kepada korang, dan yang paling penting, kami sediakan pemeriksaan (diagnosis) masalah secara PERCUMA sahaja. Harga yang diberikan adalah telus tanpa sebarang caj tersembunyi. Korang akan tahu apa yang dibaiki dan berapa kosnya, sebelum sebarang kerja dimulakan.
3. Fast (Pantas)
Kami faham betapa pentingnya peranti korang dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kami berusaha keras untuk menyiapkan pembaikan sepantas mungkin. Untuk masalah biasa seperti tukar bateri iPhone atau tukar LCD, kami boleh siapkan sepantas 20 minit secara face-to-face. Korang tak perlu tunggu lama-lama!
Ini adalah janji-janji kami untuk memastikan pengalaman repair peranti korang di FixBay adalah yang terbaik!