ASUS hari ini mengumumkan pelancaran siri ASUS Vivobook S14/S16 (S3407CA/VA dan S3607VA) di Malaysia. Barisan komputer riba 14 dan 16 inci yang hadir dengan rekaan elegan sesuai untuk penggunaan semua orang. ASUS menekankan yang laptop baharu mereka ini hanya mempunyai berat 1.39kg dengan ketebalan 1.59sm, selsain turut memastikan bahan binaan yang digunakan adalah tahan lasak.
Komputer riba ini menawarkan prestasi yang hebat dengan pemproses Intel Core Ultra 7 (Series-2), RAM 16GB DDR5 dan SSD 1TB. Bateri tahan lama sehingga 20 jam dan sokongan pengecasan pantas memastikan produktiviti berterusan. Kekunci Copilot masih dikekalkan kerana ini adalah laptop AI di bawah Copilot+ PC. Ciri AI lain yang ditawarkan adalah ASUS AI dengan teknologi peningkatan video ASUS 3DNR untuk sesi telesidang yang lebih jelas.
Untuk skrin, ASUS menawarkan paparan dengan resolusi FHD+ serta kadar segar semula 144Hz melalui panel IPS yang memberikan visual mengasyikkan untuk kerja dan hiburan. Teknologi audio Dolby Atmos melengkapkan pengalaman dengan bunyi yang enak dan mengasyikkan. Ciri sekuriti dan keselamatan yang disediakan adalah termasuk kamera FHD IR untuk log masuk Windows Hello, menyokong Windows Passkey dan pengatup kamera fizikal. Model terpilih (S3407CA/S3607CA) turut mempunyai kamera AI dengan adaptive dimming dan adaptive lock.
ASUS Vivobook S14/S16 akan tersedia di semua pengedar sah ASUS mulai 19 Mei 2025. ASUS Vivobook S14/S16 (S3407VA/S3607VA) ditawarkan dalam pilihan warna Matte Gray dan Cool Silver pada harga RM3,199. ASUS Vivobook S14 (S3407CA) eksklusif dalam Cool Silver pada harga RM4,099. Varian Snapdragon X Copilot+ PC (S3407QA/S3607QA) akan menyusul pada Julai 2025.
Ciri | S3407VA | S3407CA | S3607VA |
CPU | Intel® Core™ i5-13420H | Intel® Core™ Ultra 7 255H | Intel® Core™ i5-13420H |
Paparan | 14" FHD+ (1920 x 1200), 60Hz | 14" FHD+ (1920 x 1200), 60Hz | 16" FHD+ (1920 x 1200), 144Hz |
RAM | 16GB DDR5 | 16GB DDR5 | 16GB DDR5 |
Storan | 1TB SSD | 1TB SSD | 1TB SSD |
Grafik | Intel® UHD Graphics | Intel® Arc GPU | Intel® UHD Graphics |
Bateri | 70Wh | 70Wh | 70Wh |
Harga | RM3,199 | RM4,099 | RM3,199 |