Allahu... phone terlepas dari tangan! Skrin retak, atau paling parah, terus black screen. Masa ni, Abang FixBay tahu korang mesti tengah gelabah. Tangan dah laju Google cari "Phone Fix" atau "kedai baiki telefon dekat saya".
Tapi dalam hati tu risau kan?
Tarik nafas, bertenang. Abang FixBay kat sini. Sebagai 'abang' teknikal korang, Abang nak bagi 5 tips WAJIB semak sebelum korang pilih kedai untuk fix telefon kesayangan korang tu.
Jangan main hantar je. Silap pilih, bukan phone je rosak, poket pun boleh bocor!

Ini bukan lawak. Korang tak nak hantar phone fix yang beribu harganya tu kat budak baru belajar. Masalah macam tukar bateri atau skrin mungkin nampak senang.
Tapi kalau kes berat macam motherboard rosak, IC short, atau phone masuk air... korang perlukan 'Sifu' yang betul-betul berpengalaman. Kalau tak, phone korang mungkin dari 'demam' terus 'Innalillah'.
Janji TRUST FixBay: Korang jangan risau. Teknisyen kami kat FixBay ni semua 'otai' lama. Pengalaman kami average lebih 12 tahun. Masalah motherboard tu memang 'makanan' harian kami.
Ini perangkap paling biasa. Korang hantar phone fix, kedai tu kata "Tinggal dulu bang". Tiba-tiba dia call, "Kos repair RM500 bang". Terkejut beruk korang! Ini namanya tak telus.

Kedai yang bagus mesti berani bagi "Pemeriksaan Percuma" atau "Diagnosis Percuma". Dia kena cek dulu apa masalah, bagi sebut harga (quotation) yang jelas, dan korang SETUJU baru dia mula phone fix. Takde caj tersembunyi, takde paksa-paksa.
Janji TRANSPARENCY FixBay: Kat FixBay, ini WAJIB. Datang je mana-mana cawangan, kami cek phone korang tu PERCUMA. Kami terangkan A sampai Z apa masalah, berapa kos. Korang setuju baru kami proceed.
"Bang, kenapa kedai sebelah lagi murah RM30?"
Haa, korang kena hati-hati. Murah mungkin sebab dia guna spare part cap ayam atau kualiti 'gred Z'. Pakai sebulan, skrin dah tak boleh sentuh, bateri dah kembung balik. Naya!
Sentiasa tanya: "Ada warranty (jaminan) tak?" dan "Ini part kualiti apa?". Biar mahal sikit tapi berkualiti, daripada murah tapi menyusahkan kemudian hari.

Janji KUALITI FixBay: Kami tak mainlah part bukan-bukan ni. Kami hanya guna alat ganti berkualiti tinggi (Original atau OEM terbaik) dan kami bagi warranty untuk setiap servis. Korang pun pakai dengan tenang fikiran.
Zaman sekarang, phone ni macam nyawa. Tak boleh tinggal lama-lama. Ada kedai phone fix suruh tinggal phone sampai 3-4 hari. Macam mana nak kerja? Macam mana nak Waze? Rindu!
Cari kedai yang boleh buat servis face-to-face (depan mata korang). Kalau setakat tukar bateri atau skrin, 20-30 minit patutnya dah boleh siap. Bila buat depan mata, korang pun tak risau part dalaman kena 'curi'.
Janji FAST FixBay: Ini kepakaran kami. Untuk kes biasa (bateri/LCD), korang duduk je tengok. Pejam celik, 20-30 minit, SIAP! Korang boleh tengok sendiri teknisyen kami buat kerja. Telus dan pantas!
Zaman sekarang, jangan percaya cakap tuan kedai je. Kita kena jadi pengguna bijak. Siasat sikit reputasi online dia.
Buka Google Maps atau Facebook Page kedai tu. Tengok rating dan baca review pelanggan lain. Kalau review ada beribu-ribu dan rating tinggi (cth: 4.5 bintang ke atas), itu tanda kedai tu memang boleh dipercayai. Kalau review pun takde, baik jangan ambil risiko.
Bukti TRUST FixBay: Abang tak nak sembang kosong. Korang boleh semak sendiri. FixBay ada hampir 5,000 ulasan di Google dengan majoriti 5 BINTANG. Ini bukan kami bayar, ini pelanggan sendiri yang bagi lepas dorang puas hati dengan servis kami.

Nampak tak? Nak fix phone ni bukan sekadar cari yang murah. Korang perlukan kedai yang Pakar, Telus, Berkualiti, Pantas, dan Paling Penting, Boleh Dipercayai.
Ingat pesan Abang FixBay: "Pilih yang beri ketenangan fikiran, bukan yang buat hati lagi pening!" Dan FixBay adalah jawapannya. Kami ada semua yang korang perlukan. Biar kami bantu kembalikan senyuman di wajah korang!
Telefon korang tengah nazak? Jangan tunggu sampai haru-biru!
WhatsApp SEKARANG: Terus hubungi Abang FixBay di 018-777 7680 untuk diagnosis PERCUMA!
Walk-in Terus: Datang je ke cawangan FixBay berdekatan korang. Kami ada di:
Layari Laman Web: fixbay.com.my
Follow Kami Untuk Tips:
