Peranti AI Rekaan Jony Ive Akan Dibeli OpenAI

Jony Ive Dilaporkan Akan Menjual Firma Peranti AI Kepada Open AI.Pereka produk Apple yang terkenal ini telah meninggalkan Apple sejak 2019.

Jony Ive kemudiannya menubuhkan firma rekaan Loveform dan firma peranti AI io Products. Terbaru, OpenAI dilaporkan ingin membeli io Products dengan nilai mencapai sekitar RM2.25 Bilion. Jika diteruskan, io Products akan merekabentuk peranti fizikal AI dengan OpenAI membangunkan sistem operasi yang boleh dikawal dengan suara.

Namun, dengan Rabbit R1 yang menghampakan dan Humane AI yang gagal sehingga dijual kepada HP - kejayaan produk ini dikhuatiri. Adakah dengan rekaan gaya peoduk Apple akan mengubah persepsi orang ramai terhadap peranti fizikal AI?

Some rights reserved  © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)