GoPro Hero Max 360 (2025) Rasmi Di Malaysia - Berharga RM1799

GoPro Max 360 (2025) kini di Malaysia dengan harga RM1,799. Ia adalah pesaing kepada Insta360 X4. Ciri AI telah dimuatkan untuk pengalaman rakaman dan penyuntingan video yang memudahkan.

Malah, teknologi penstabilan GoPro terkenal turut kini dikuasakan AI.Ciri CameraFX dan Auto Edit melalui aplikasi GoPro Quik diperkenalkan bagi memudahkan proses penyuntingan.

Tambahan pula, kamera ini menyokong sistem pemasangan ¼-20 tripod standard. Bateri Enduro 1600mAh yang bukan sahaja tahan lebih lama, malah mampu berfungsi dengan baik dalam suhu sejuk — sesuai untuk rakaman di pelbagai persekitaran ekstrem.

GoPro Max 360 2025 menawarkan kombinasi teknologi AI, penambahbaikan bateri dan integrasi dengan ekosistem GoPro menjadikan ia pilihan menarik, terutamanya dengan harga pelancaran yang lebih mampu milik berbanding harga pelancaran Insta360 X4.

Macam mana? Agak agak berbaloi beli yang mana?

Some rights reserved  © 2022 - 2025 · Fixbay Sdn Bhd (1463044-X)